Di mana iman?

Ramai orang , merasakan imannya menggunung apabila kelihatan amalannya lebih dari orang lain.Atau dia punya ilmu agama yang banyak . Atau dia terasa ringan untuk melaksanakan amalan sunnat.

Sebenarnya, rasa beriman itu tidaklah semudah dan semurah itu untuk dikecapi. Jika tidak, masakan seorang wanita pelacur, boleh masuk syurga hanya dengan memberi minum pada anjing.Sedangkan para ulama yang hebat ilmunya, bangun bersolat dihampir setiap malam, bersedekah, berzikir  itupun, masih gementar dan takut  kalau amalan mereka belum mencukupi  walaupun sekadar untuk mencium bau syurga.

Persoalannya, dimanakah iman dan bagaimana ia dikecapi?

Iman itu hadir, bukan pada amalan yang dilaksanakan.Tetapi, iman itulah yang membuahkan amalan ikhlas.Melawan perasaan ketika hendak melakukan sesuatu amalan itulah yang menjadi kayu ukur keimanan. Tidak sama perasaan dan rasa seorang kaya yang bersedekah  RM100 dengan seorang miskin yang bersedekah RM10, dan disaat itu dia amat memerlukan.

Begitulah juga.Tidak sama mereka yang mendapat Islam dengan mencari dan mengkaji, mendapat tentangan keluarga, dibuang masyarakat kaumnya. Berbanding dengan sebahagian yang lain , yang lahirnya sudah menjadi seorang muslim.

Samalah  juga dengan orang yang Allah bukakan kemudahan dan keringanan untuk melaksanankan ibadah. Mungkin kita rasa senang untuk melakukan solat dhuha, senang untuk membaca AlQuran setiap hari, senang untuk menerima teguran agama, senang untuk  berkawan dengan orang yang baik, dan senang dalam segala-gala. Tetapi, ada sesetengah orang yang Allah tidak bukakan kesenangan itu pada mereka.Sehinggakan , mereka terpaksa bertarung dengan perasaan malu dan sabar  tatkala disindir oleh rakan-rakannya. Namun, apabila insan itu berjaya menundukkan nafsunya dihadapan ayat-ayat Allah, maka disitulah letakkanya iman.

IMAN TIDAK BERGANTUNG KEPADA GELARAN.

Cuba kita fikir sejenak.Seorang ustaz yang digaji dan ditugaskan mengimamkan Jemaah setiap waktu solat. Mereka tidak ada punya halangan untuk melakukan ibadah atau untuk ke masjid kerana memang disitu  tempat mereka.Menunaikan solat berjemaah itu bukanlah suatu bebanan.Namun, ada orang yang Allah uji dengan kesibukan kerja. Tempatnya jauh dari masjid. Rakan-rakannya pula tidak bersolat.Untuk melaksanankan solat berjemaah itu merupakan suatu kesukaran buatnya. Namun, digagah juga melangkahkan kaki ketempat solat untuk menghadap Sang Pencipta. Maka, disitulah imam.

BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH.

Jangan kita katakan diri kita ini jauh dari Tuhan atau sukar mendapat syurga kerana kita bukan ustaz atau tidak belajar agama. Allah itu Maha Pemurah pada membahagi-bahagikan rahmatNya. Maka , tidak benar ,bahkan jahillah jika kita membandingkan tahap keimanan itu dengan melihat kepada zahir amalan ibadah kita  dengan timbangan akal.

Hatta seorang ulama sekalipun.Tatkala dia tidak mampu melawan perasaannya . Antara memenuhi perintah Allah dengan menyenangkan hati manusia ,lalu dia memberi  fatwa yang memberi kepentingan pada dirinya.Maka Allah menyifatkan mereka sebagai anjing.Itu namanya ulama.

Maka sedarlah manusia.ALLAH MENGUJI KADAR KEIMANAN ITU ,DENGAN KADAR APA YANG DIBERI.

Jika Allah kurniakan kamu dengan ilmu agama, maka diuji kita dengan rasa ria’ dan perdebatan.

Jika Allah kurniakan kita dengan rasa ringan untuk melakukan amalan sunnat, maka diuji kita dengan rasa besar diri,

rasa mulia berbanding orang lain, dan rasa selesa dengan apa yang ada.

Jika Allah  kurniakan kita dengan rupa paras yang cantik, maka diuji kita dengan nafsu syahwat.

Jika Allah kurniakan kita dengan semangat juang yang tinggi, maka diuji kita untuk memilih dan menegakkan kebenaran atau kebatilan.

Jika Allah kurniakan kita dengan keberanian , maka diuji kita dengan rasa sombong.

Jika Allah kurniakan kita dengan kekayaan. maka diuji kita dengan sifat kedekut dan boros.

Jika sekiranya kita dapat melawan perasaan, menundukkan nafsu diatas segala ujian tersebut, maka disitulah letakkanya iman yang sebenar. .bukan zahir amalan . .

Pohonlah pada Allah, agar kebaikan yang diberi itu, bukan kerana ISTIDRAJNYA. . .

TAWAKKAL ITU JUGA UNTUK AHLI MAKSIAT,

Tawakkal, seringkali berjaya membawa seorang hamba kedataran hidayah. Mungkin sebelum ini dia tidak tahu apa itu erti solat, apa erti puasa , apa ertinya makan halal ,dan rezeki yang halal , dan apa itu akhlak mulia.Tetapi sesekali Allah uji dia dengan kesempitan dan tatkala itu dia menyeru nama Tuhannya , maka disitu Allah bukakan pintu tawakkal .Dan kerana tawakkal itulah, akhirnya dia mengenal siapa Tuhannya.Allah berfirman dalam AlQuran :

,”Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”. (Al Baqarah:153)

Lihat bagaimana lunaknya Allah memujuk hati hamba-hambanya yang keras untuk menunaikan solat dan berakhlak mulia. Antaranya dengan cara  diberikan kesempitan dalam kehidupan.Meskipun solat itu wajib sebagai tanda pengibadatan kepada-Nya.Meskipun sifat sabar itu memang dituntut dalam agama sebagai salah satu cabang sifat mulia.

Namun,  untuk memberikan hidayah taufiq kepada seseorang hamba, Allah berikan ujian dalam kehidupan yang meresahkan dirinya, lalu Allah menyuruh mereka meminta pertolongan dengan menunaikan SOLAT dan berakhlak mulia dengan SABAR, untuk membolehkan mereka keluar dari daerah kegelisahan itu .Bukan itu sahaja, bahkan Allah memberi peringatan kepada hambanya supaya JANGAN PUTUS ASA DARI BERTAWAKKAL , kerana putus asa itu merupakan sifat orang kafir.

…Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf:87)

Maka tidak betullah sebahagian orang mengatakan, ” Aku bukan baik macam kau.Kau rajin solat, kau rajin baca Quran , orang kenal kau dengan kebaikan.Orang kenal aku dengan kejahatan.Solatpun aku tak pernah. Mana mungkin Allah  nak dengar doa orang yang tidak solat macam aku “.

Inilah sangkaan yang paling dasyat terhadap Allah.Sedangkan Rasulullah s.a.w menyebut :

”Janganlah mati salah seorang daripada kamu melainkan setelah dia bersangka baik terhadap Allah Taala”(HR Muslim)

Dia menyangkakan Allah begitu kedekut untuk memberi Rahmatnya kepada manusia.Dia menyangka bahawa tawakkal itu bermaksud menghala doa didepan kaabah , bertutur dalam bahasa arab, dan mengucapkannya ditikar sejadah dan dimasjid selepas solat.TAK!ITU BUKAN SEMESTINYA!

Tawakkal itu tidak pernah dibatasi dengan tempat dan masa.Hatta kalian berada dia tengah temapt maksiat sekalipun, bertawakkallah dna bermohonlah kepada Allah agar diselamaatkan iman kita.Hatta kalian berada dimeja study, meja pejabat, mahupun diatas katil .

Bertawakkallah, berdoalah, bermohonlah.Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Rahmatnya itu dilimpahkan keseluruh ceruk alam.Seorang kafir, yang dia bertawakkal dan bermohon dengan nama tuhannya, PUN Allah sahut seruan itu dengan memberikan  dia dengan rezeki dan kemewahan.

Seorang non muslim, yang mencari-cari hidayah dijalan kebenaran, yang bertawakkal dan bermohon degan nama tuhannya(sebelum Islam), PUN Allah sambut seruan itu dan memberikan dia dengan cahaya hidayah Islam.Sedangkan, dia bermohon ketika dia masih belum mengenali siapakah Allah , dan apakah itu Islam.

Inikan pula kita yang muslim.Yang cuma melakukan beberapa maksiat, kemudian kita katakan Allah tidak mahu mendengar rintihan taubat dan pengharapan ??? MUSTAHIL!

Sesungguhnya  Rasulullah telah meninggalkan satu azimat yang selagi mana hamba itu berpegang, maka dia akan melihat keluasan pergantungan dengan Allah Azzawajall.Dalam sebuah hadith ,Allah berfirman :

” Rahmat Ku mendahului kemurkaan Ku”

ingatlah , sesungguhnya , TAWAKKAL itu mendahului IBADAH. .

Wallahua’lam . .

Advertisements

Simfoni Cinta : Kerana Hijabku, Mahkota Imanku

Image

*** Buku ” Wanita Juga Rindukan Syurga ” dibacanya Raudhah dengan khusyuk tanpa menyedari bahawa anis,rakan sekuliahnya duduk disebelahnya..   ****

Anis : Baca apa tu Raudhah?? Macam xpenah je Anis tengok majalah ni? ?Best k??

Raudhah : ooo..Raudhah tengah baca buku ini (sambil menunjukkan cover page buku Wanita Juga Rindukan Syurga)..Best sangat..(tersenyum Raudhah memandang Anis) ..Sesuai sangat untuk bacaan seorang muslimat untuk pemahaman fikh.. Anis nak baca??

Anis : tak palah..Anis sahaja je nak tahu apa yang Raudhah khusyuk sangat baca..Raudhah…errrr..Anis nak tanya sikit kat Raudhah boleh???

Raudhah : Boleh sangat2 Anis…Tanyala apa yang terbuku di hatimu sahabatku… 

Anis : Sejak Raudhah tukar imej atau lebih tepat sejak Anis tengok Raudhah dah mula pakai tudung labuh ni kan,Raudhah nampak tenang sangat2…senyuman sentiasa terukir di wajah Raudhah..Bleh Anis tahu..apa sebab Raudhah berubah mendadak dan kenapa Raudhah ambil keputusan nak pakai tudung labuh???Sebelum ni kan Raudhah mmg pakai tudung menutupi dada juga..so..xperlula sampai nk pkai tudunglabuh kan????

Raudhah : Banyaknyr soalan anis..mana satu Raudhah nk jawab ni??=) xpa2..Raudhah jawab satu-satu yer…First sekali..Ini bukan imej Raudhah..tapi inilah yang selayaknya kita sebagai muslimat menghijabkan diri kita..hijab ni besar skop dia..Bukan setakat menghijabkan rambut dan badan..malah..yang lebih penting..hati ni yang kena dihijabkan dengan sebetul-betulnya..contohilah akhlak Rasulullah kerana sememangnya baginda merupakan contoh teladan terbaik..eslain itu..kita kena sempurnakan semula ibadah kita..kata nak masuk syurga..  klau nk dapat anugerah dekan pon kita stdy hard core..inikan pula amalan ibadah kita..mestila 4.00 gak kan??hihi..Emm..pasal tudung labuh ni plak..sebelum tu..anis ingat lagi tak terjemahan surah al-ahzab ayat 59??  

Anis : Errr…anis lupa la Raudhah…(tersengih Anis memandang Raudhah)… 

Raudhah : Anis ni..cepat sangat lupa..padahal baru tadi je ustaz ada sebut…Ni lah terjemahannya…

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ” ..kan jelas dah Allah berfirman dalam surah al-ahzab..Raudhah nk higlightkan perkataan ni.. cuba paham..”cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itumereka tidak diganggu” ..

Kalau anis perasan kan..antara wanita yang bertudung labuh ini dengan wanita yang bertudung juga,cuma mereka ni up to date ngn fesyen..yang mana satu nmpak lebih cantik dan sejuk mata memandang??sudah tentula yang bertudung labuh tu kan?mata kita ni anis…mmg fitrahnya lebih cintakan keindahan..lagi satu…mereka yang melabuhkan tudung dan pakai pakian yg longgar ini lebih dihormati hak dan maruahnya..sebab tu la.. wanita-wanita ini mana pernah diganggu dengan mamat-mamat jalanan ..sebab mamat-mamat jalanan ni pun pikir 3-4 kali gak nak kacau wanita-wanita ni..kan janji Allah itu pasti..kan mereka tidak diganggu…  sekarang anis dah nampak bezanya kan??

Anis : ummm..nampak sangat..sekarang barula anis lebih paham maksud terjemahan surah al-ahzab tu… 

Raudhah : ok..untuk soalan anis pasal ketenangan hati raudhah selepas berhijab ni..kan Allah berfirman dalamsurah al-baqarah ayat 38 : 

……maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”..

Semuanya jelas dalam al-quran..dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yg dikehendakiNya..Yakinlah dan bersangka baiklah pada Allah selalu yr anis..dan selalulah berdoa supaya hati kita akan diberi petunjuk dan rahmat dari sisiNya..ameen.

Anis : InsyaAllah..umm..lepas dengar penjelesan Raudhah..hati anis tenang sangat..anis pon nk rasa tenang mcmRaudhah rasa..Raudhah bimbing anis yr..anis nk mula dariawal2..

Raudhah : Alhamdulillah..akhirnya terbuka juga hati anis melihat dan memilih petunjuk..  

 

nukilan : nur zinnirah

Image

Muslimah High Class

icover4

“High class muslimah” adalah seorang wanita yang taat kepada Allah dan Rasulnya.

Sebagai seorang yang sedang mengenali apa itu islam saya sering tercari- cari identiti sebagai seorang muslimah. persis apakah gayanya seorang muslimah itu? bagaimana personalitinya? pembawakan dirinya? Pakaiannya? serta pergaulannya?

Menyusuri sejarah bagaimana martabat wanita itu diangkat dengan kedatangan islam membuat saya bersyukur kerana islam itu benar-benar memelihara wanita yang fitrahnya dipenuhi perasaan malu. Apabila melihat kembali keadaan hidup wanita di barat dan sebelum kedatangan islam saya tidak boleh menerima bagaimana wanita itu dianggap sebagai simbol seks, dijadikan sebagai sindiket pelacuran, pornografi, terlibat dengan pengiklanan yang menghinakan, rendah martabatnya sehingga memiliki anak perempuan itu adalah sesuatu yang sangat memalukan dan anak perempuan di tanam hidup-hidup di tanah Arab sebelum kedatangan Islam. Bahkan di Eropah suatu ketika dahulu isteri-isteri dipakaikan cawat besi jika suaminya pergi berperang. Ditinggal dalam suatu tempoh yang lama dan kuncinya dipegang oleh suami. Bagaimanalah agaknya wanita itu melalui penderitaan memakai cawat tersebut ketika panas dan sejuk. Dan lebih parah jika suaminya meninggal dunia. Manakala di india pula, wanita akan dibakar bersama suami jika suaminya mati dan di Rom pula si isteri akan dihukum atas kesalahan jenayah suami. Dan ironisnya, wanita itu pernah di anggap sebagai bukan manusia. Astagfirullahal azim.. kekejaman yang  memilukan. Namun, selepas kedatangan islam, wanita itu dimuliakan, dihormati dan dipelihara. Subhanallah..

Melihat kepada keadaan muslimah yang sedia ada kini terkadang membuat saya buntu. Ada yang ingin meniru isteri rasulullah dengan berniqab tetapi kenapa masih ada yang bertabaruj dari segi matanya, kenapa ramai juga yang tidak segan silu menupload gambar posing di FB. Apa yang membuatkan saya lebih terkejut ialah apabila para niqabis juga bertindak sedemikian. walaupun saya akui orang awam tidak tahu bagaimana rupa mereka jadi pada anggapan mereka perbuatan mengupload gambar itu tak la seteruk muslimah yang tidak menutup aurat. Ya hakikatnya bgitu, namun apa relevannya mereka berniqab jika tingkahlakunya sama seperti wanita biasa? Atau dalam bahasa kasarnya, niqab itu tak mampu menjaga dirinya bahkan menjerumuskan dirinya ke dalam fitnah.

Lebih memeningkan kepala saya bila melihat ada segelintir yang sekejap upload gambar memakai purdah, sekejap tidak. Ohh..i really2 confius with this type of people. Pada saya sama ada anda sebagai seorang muslimah yang berniqab atau tidak, tidak perlu setiap masa mengupload gambar anda, menceritakan perihal diri anda, apa yang anda lakukan dan selainnya di alam maya seperti di FB, tweeter, blog dan sebagainya untuk tontonan awam. Tetapi jika gambar itu diprivatekan khas untuk sahabat-sahabat yang rapat dan untuk ahli keluarga tiada masalah. Boleh je letak 1 dua gambar di FB sebagai pengenalan diri. cukuplah gambar biasa bukan gambar berposing (gambar dari pandangan kiri kanan belakang, 3D pun ada). jika post yang anda kongsikan itu benar-benar berilmu dan bermanfaat untuk dakwah ianya sangat dialukan. Tetapi jika post itu hanya berisi perasaan, dimana anda berada, apa yang anda lakukan sebaiknya dielakkanlah.

Pada pandangan peribadi saya tak perlu lah anda sebagai niqabis terutamanya untuk upload gambar anda beraktiviti lasak, gambar pinggan yang bersih selepas makan hanya untuk beritahu pada umum “ siapa kata pakai niqab tak boleh buat aktiviti lasak? Siapa kata pakai niqab tidak boleh bersosial? Siapa kata berniqab tak leh makan kat luar?”.  Jikalau pun anda tunjukkan itu semua dengan niat untuk berdakwah adalah lebih baik sekiranya anda menggalakkan orang awam untuk menuntut ilmu agama kerana itu lebih baik berbanding perbuatan anda sebelum itu yang lebih menarik perhatian umum pada anda bukan apa yang ingin anda sampaikan. Mudahnya mesej dakwah tu tak sampai, lebih menggalakkan muslimah untuk berniqab tanpa ilmu hanya kerana teruja dengan anda atau pun rasa seperti “eh, aku pun nak pakai niqab jugaklah!” tanpa mengetahui keperluan dia untuk berniqab. Suka-suka, sebab tu kejap upload gambar pakai niqab, kejap tidak.

Selain itu, takut juga jika orang seperti saya ni salah faham sehingga berfikir “owh..nak jadi baik kena pakai purdah”. Ada juga pernah terbaca komen seorang muslimah kepada seorang niqabis “alhamdulillah..dah berubah dah awak..hmm…saya tak tahu la bila nak berniqab dan jadi baik macam awk”. Eh, statement begini membuatkan saya berfikir “ oh..nak jadi baik kena berniqab rupanya” habis tu macam mana dengan ustazah-ustazah kat luar sana yang menyampaikan ilmu. Tak berniqab pun, yang bertabarruj pun anda. Confuse!.

Bila baca kisah isteri rasulullah, jarang sekali terbaca isteri rasulullah promote untuk pakai niqab melainkan menggalakkan para wanita menuntut ilmu seperti wanita anshar yang dicemburui oleh Aisyah kerana keberanian mereka bertanya soalan kepada Rasulullah dan juga para sahabiah yang meminta rasulullah menyediakan 1 hari dalam seminggu khas untuk wanita menuntut ilmu kerana kecemburuan mereka kepada sahabat yang selalu berpeluang mendampingi rasulullah. Selain itu, para wanita juga terserlah keberaniannya dengan terlibat di dalam peperangan dengan memberi sumbangan dari aspek merawat tentera islam yang tercedera. Jarang sekali, saya membaca kisah-kisah sahabiah yang menjadikan pemakaian niqab sebagai perkara utama untuk menjadi lebih baik, mendekatkan diri kepada Allah dan sebagainya.

Bahkan pernah ada beberapa peristiwa yang menunjukkan wanita pada zaman rasulullah tidak berniqab walaupun berwajah cantik dan dipandang.  (

Saya tahu ada juga muslimah yang memakai niqab untuk mendekatkan diri kepada Allah, terasa diri lebih terjaga. For sure sebab wanita yang pakai niqab tak akan sesuka hati “berhuha” di depan khalayak ramai. Namun, kadang-kadang di FB tak tentu pasal pulak gayanya. Namun bukan semua niqabis yang berperilaku begini, yang benar-benar mencontohi isteri rasulullah itu sangat sedikit. Apa yang jelas, memakai niqabis itu sudah menjadi trend tambahan lagi dengan lambakan perniagaan on9 yang menjual niqab. Tak dinafikan memang kelihatan cantik, solehah, terjaga bila muslimah itu berniqab, saya pun suka pandang, namun apabila si pemakai bertindak di luar norma seorang niqabis yang difikirkan maka lain jadinya. Selain itu, orang yang berniqab kelihatan asing di Malaysia, lebih menarik pandangan berbanding wanita biasa. Kata-kata “jadilah wanita yang tidak memandang dan dipandang” itu tak sesuai diaplikasikan oleh niqabis sebab niqabis kini adalah wanita yang dipandang dan memandang penerimaan orang awam terhadap cara pemakaian meraka.

Saya cadangkan para niqabis sekalian mencontohi niqabis yang sangat sederhana di FB, tidak mengupload gambar sesuka hati melainkan untuk tujuan pengenalan diri, tidak pernah menceritakan pengalaman pahit berniqab seperti dipanggil hantu, kelihatan asing dan sebagainya kerana anda bukanlah mempertahankan sesuatu yang wajib. jangan pelik jika dipandang pelik sebab once u’re wearing it, that means u already prepared to be look as a stranger. I guess it is more wonderful if u can share with orang awam kenapa anda memilih untuk berniqab walaupun ianya bukanlah sesuatu yang wajib dan menjadi tanggungjawab anda untuk memurnikan mindset orang Malaysia tentang pemakaian niqab supaya mereka tidak salah faham bahawa bila sudah berniqab tidak boleh para niqabis untuk menanggalkannya. Sama seperti sudah menjadi hukum wajib untuk dipakai sepanjang masa.

Wanita bertudung labuh ala ustazah juga tudung bidang 60 juga tak lepas dari keadaan ini. Ada juga yang suka mengupload gambar dari belakang, tepi,depan, atas, kiri kanan dan sebagainya. walaupun niat anda untuk berdakwah percayalah manusia tidak semudah itu untuk berubah dengan hanya melihat gambar anda berposing yang disertakan dengan kata-kata yang baik kerana semuanya di dasari iman. Tidak mudah seseorang itu hendak melaksanakan perintah Allah jika tiada iman dihatinya. Dan terkadang bila anda terlalu banyak menekankan aspek aurat, pakai tudung labuh, mengata mereka yang tidak mengikut syariat, balasan syuraga dan neraka tanpa disedari sedikit sebanyak keadaan ini membentuk persepsi di dalam diri problematic muslim dan non muslim bahawa islam ini hanya pasal aurat sahaja..bila keadaan jadi seperti ini mereka semakin takut dan menjauh daripada islam. Sedangkan permulaan agama adalah akidah.

Tetapi siapalah saya untuk mengadili usaha anda itu namun begitu saya yakin dan percaya bahawa seorang wanita muslimah itu tidak perlu meng expose dirinya dikhalayak ramai sesuka hati tanpa ada urusan yang memerlukan beliau berbuat sedemikian. Saya sangat mengangumi muslimah yang aktif berdakwah diluar, berani bersuara tetapi sangat menjaga dirinya sama ada diluar mahupun di alam maya. Tidak berlebihan menggunakan  teknologi sedia ada. Baginya alam maya itu melalaikan diri teruatama hatinya. Tiada guna berkongsi segala perasaan di alam maya, apatah lagi berkongsi aktiviti seharian yang dilakukannya. Walaupun jarang nampak kelibatnya di alam maya tetapi bila sekali dia bersuara di alam maya mampu memberi kesan kepada hati-hati mereka yang membacanya. Alangkah hebatnya wanita seperti ini, sangat dihormati, disegani dan ingin dicontohi.

Dan kajilah sirah..bacalah kisah mengenai Maryam, asiah dan para isteri rasulullah nescaya anda akan menemui contoh teladan dan role model yang boleh anda contohi untuk menjadi wanita high class. Hayatilah keimanan dan kecintaan mereka kepada Allah membimbing mereka untuk menjadi muslimah yang dicintai Allah justeru diberi kedudukan yang istimewa di sisi Allah.

Perkara utama di dalam mencontohi para isteri rasulullah bukanlah dengan berniqab tetapi mencontohi perilaku mereka, kegigihan mereka menuntut ilmu, menghafal hadis dan ayat quran serta memahaminya. Berani dalam mempertahankan agama, penuh keimanan dan ketaqwaan di dalam dada bukan menimbulkan kekeliruan di dalam diri mereka yang melihatnya. Percayalah..seorang muslimah yang baik adalah mereka yang memelihara dirinya dari fitnah dunia, tidak dikenali tetapi sangat disegani. Setiap butir bicara yang keluar dari mulutnya mampu menyentuh hati-hati mereka yang mendengar. Perilakunya subhanallah lembut tetapi penuh semangat memperjuangkan islam di dunia.

Setiap apa yang dilakukan oleh seorang muslimin atau muslimat semuanya didasari oleh iman. Bagi seorang wanita, sukar untuk dia menutup aurat dengan sempurna tanpa iman di dada. Sukar untuk dia melabuhkan tudungnya menutupi dada, sukar untuk dia memilih pakaian yang longgar untuk menutup bentuk badannya, sukar untuk dia menolak godaan fesyen muslimah sedia ada,sukar untuk dia memakai stoking, sukar untuk dia memelihara maruah dirinya dan semuanya itu terasa sangat sukar. Sukar kerana lemahnya iman. Disebabkan ini didikan iman itu lebih penting daripada mendidik mereka untuk menjadi seseorang yang tidak mengerti kenapa dia perlu berbuat begitu dan tidak dapat merasai nikmat melakukannya

Saya sangat menghormati pada niqabis kerana saya tahu sukar untuk istiqmah dengannya di negara yang menganggap pemakai adalah seorang yang pelik. Pada saya mereka yang berniqab sangat bermujahadah untuk istiqamah namun saya berasa keliru dengan niqabis yang tidak  bertindak sewajarnya sebagai seorang niqabis ketika di alam maya mahu pun di luar. Jangan mencontohi niqabis di dalam 7 petala langit atau seangkatan dengannya. Nasihat saya, sila muhasabah diri anda semula dan jika benar-benar anda ingin mencontohi isteri rasulullah sila lah contohi aspek yang lain juga. Saya tahu tidak semua yang berniqab adalah seorang yang memiliki wajah yang cantik, bukan tahap darurat untuk menutup sebahagian wajah namun memilih jalan untuk berniqab untuk memelihara diri mereka. Namun begitu, masih ada yang pakai saja-saja tanpa tahu tujuan sebenar dan akhirnya secebis kain di muka itu tidak mampu memelihara dirinya bahkan menjerumuskan dirinya ke dalam fitnah. Nauzubillah..

Begitu juga dengan muslimah yang bertudung labuh. Apabila memakai tudung labuh sebegitu pun masih gagal untuk memelihara diri anda maka sila lah muhasabah diri anda kembali. Kepada muslimah-muslimah di luar sana yang tidak kira siapa anda, tidak kira selabuh atau sesingkat mana tudung anda, satu perkara yang anda perlu sedar muslimah tu adalah gelaran untuk semua wanita yang beragama islam bukan untuk wanita bertudung labuh atau niqabis. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk menjadi muslimah yang mukminah. Jadilah hamba yang beriman dan bertaqwa untuk kebahagian dunia dan akhirat. Semoga Allah merahmati umat islam.

Pemakaian niqab itu tidak dihalang, tetapi berperilakulah selayaknya sebagai seorang niqabis kerana anda memilih untuk meninggikan martabat anda melebihi wanita biasa jadi tidak normal apabila anda berperilaku sebaliknya.wallahua’lam

Sebenarnya niqab bukanlah satu pengukur aras martabat seseorang kerana tiada dalil yang menyokongnya bahkan ianya hanyalah sejenis pakaian. Sebaik baik pakaian adalah taqwa. Seseorang yang memakai pakaian taqwa, pasti terserlah pada luarannya sama ada dari segi luarannya, tingkahlaku, pergaulan dan sebagainya.

Kehidupan Bukan Sebuah Novel

Kehidupan Bukan Sebuah Novel (sila klik untuk ke laman minda tajdid)

“Kehidupan bukan sebuah novel ” merupakan karya Dr Asri Zainul Abidin yang mengulas dan menceritakan  perbezaan plot cerita yang ditulis oleh manusia ,sedangkan kehidupan yang hakiki ceritanya ditulis oleh Tuhan.

Tulisan ini bertujuan untuk menyedarkan  manusia yang seringkali ingin mengaitkan kehidupannya dengan plot cerita didalam novel , drama, mahupun filem. Lantas merasakan “kehidupan yang bahagia adalah jika ia berlaku persis seperti cerita tersebut”

Sepatutnya, dia lebih menghargai “plot cerita hidupnya” kerana ia ditulis oleh Tuhan.Sedangkan cerita yang ditonton itu hanya rekaan dan ciptaan manusia lemah.

Ibadah tak pernah membosankan.

إِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.

Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (al-Sunnah), serta seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan (bid’ah) adalah sesat. Dan setiap yang sesat itu ke neraka. – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalamSunannya, Kitab Solat al-‘Iedaini, no: 1560.

Hari ini adalah hari pertama solat sunat tarawih disempurnakan bagi tahun ini. Solat yang hanya dilakukan pada satu bulan yang dalamnya dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan. Tidak lebih dan tidak kurang, segalanya perlu menepati sunnah Nabi s.a.w dan petunjuk Al – quran.

Nabi s.a.w pernah bersabda :

Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu. (Shahih Muslim No.1793)

“Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana dalam bersahur itu ada keberkatannya” [Bukhari-Muslim]

” Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya karena dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya karena Aku’.” (Hadist riwayat Muslim)

“Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim) 

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim) 

Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Demikianlah penjelasan Nabi pada ketibaan Ramadan. Padanya terselit pelbagai amalan, ganjaran dan kelebihan amalan yg tidak dapat diperoleh daripada hari-hari biasa. Mengapa ? Kerana yg demikian itu Allah jadikan suatu kelainan dalam ibadah supaya manusia tidak pernah jemu dengan ibadah.

Andaikata Ramadhan itu sepanjang tahun, pasti sebahagian merasakan jemu dengan tarawih, puasa, sahur, dan iftar. Maka semangat beribadah pun kian pudar lagi lesu. Maka Allah jadikan satu bulan dalam setahun itu bulan yag padanya kelainan dan keistimewaan.

Padanya ada amalan sunat yg lebih2 digalakkan. Padanya ada amalan sunat yg tidak boleh dilakukan pada hari-hari biasa. Padanya ada sahur, ada iftar, ada qiam ramadhan, ada zakat fitrah. Padanya juga ganjaran yang berlipat kali ganda daripada hari-hari biasa. Ia bagaikan suatu kelebihan yg membuatkan diri manusia tertunggu-tunggu dengan ketibaannya.

Ada orang kuat puasanya, tapi kurang solat sunatnya.

Ada orang kuat solat sunatnya, tapi kurang sedekahnya.

Ada orang banyak sedekahnya, tapi kurang bacaan Qurannya.

Maka Allah jadikan Ramadhan ini menggandakan pahala pada setiap amalan yg dilakukan. Dengan itu masing-masing punya peluang dan semangat dalam melaksanakan ibadah yang disukainya. Supaya manusia tidak pernah bosan dengan beribadah.

 

zakat-13

Tarbiah Diri: Ramadhan tiba lagi,bersediakah kita???

“ Wahai orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu,supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah:183)

Debaran menjemput bulan yang paling diberkati,Ramadhan Al-Mubarak kian terasa .Hanya beberapa hari sahaja umat Islam akan menunaikan salah satu kewajipan yang difardhukan ke atas kita semua iaitu berpuasa dalam bulan Ramadhan. Bagaimana persiapan kita untuk menjemput Ramadhan pada kali ini ?? Bersediakah iman kita ?? Sudah cukup bersediakah kekuatan fizikal dan rohani kita??….

Apabila sebut sahaja mengenai Ramadhan,semua umat Islam bersemangat untuk bertarawih.Buktinya,lihat sahaja keadaan masjid yang tika dulunya lenggang tanpa jemaah tapi bertambah  imarah dengan kehadiran umat Islam.Kanak-kanak kecil juga turut bersemangat untuk solat terawih.Pada masa yang sama juga,umat Islam di Malaysia khususnya,selain bertarawih kita juga turut “rancak” turun padang ke Bazar-bazar Ramadhan.”Rancak” membeli menu juadah untuk berbuka puasa.Itulah suasana di awal dan pertengahan bulan Ramadhan yang acap kali kita menyambutnya. Semangat Ramadhan hanya di awalnya tapi semangat Syawal yang menjadi klimaks dan penutupnya.

Sedikit pencerahan perlu dilakukan agar umat Islam sedar betapa “istimewanya” bulan Ramadhan. Adakah kita selama ini menyambut Ramadhan semata-mata kerana ingin “mengambil kehangatan suasana Ramadhan” ??  Seperti Bazar Ramadhan,mood shopping raya,rancak buat kuih raya dan menghias rumah. Ataupun kita memang benar-benar menyambut Ramadhan kerana mengharapkan keredhaan Allah dan keberkatan bulan Ramadhan tersebut ???

Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
“ Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap keredhaan Allah,dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”                      (Hadis Riwayat Muslim)

Abu Qilabah melaporkan daripada Abu Hurairah yang menceritakan,Rasulullah pernah berkata;

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan,bulan yang penuh berkat.Allah mewajibkan kamu berpuasa.Pada bulan itu pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup.Syaitan-syaitan dibelenggu.Demi Allah,pada bulan itu ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikannya,maka dia haram mendapatkannya.”                                                   (Hadis Riwayat Nasa’I dan Baihaqi)

 

 

Ayuh,umat Islam semua !Kita perbaiki “performance” iman kita untuk menjemput Ramadhan pada kali ini.Andai sebelum ini kita terlalu rancak dan sibuk mencari keseronokan duniawi sehingga kita lupakan Allah dan Rasulullah,maka eloklah kita berhenti. Keberkatan bulan Ramadhan ini harus direbut oleh semua umat Islam.Kita semua ada peluang masing-masing untuk meraih pahala,tetapi kita sendiri yang melepaskan peluang keemasan yang diberi Allah untuk meraih pahala yang tidak terhitung ganjarannya. Jom kita lakukan pencerahan bersama-sama dengan memperbaiki kualiti dan kuantiti ibadah,InsyaAllah..

Pencerahan ibadah sepanjang Ramadhan.

  • Jangan tinggal bersahur

 

Anas bin Malik melaporkan,Rasulullah S.A.W bersabda;

“ Bersahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada barakah” 

                                                                      (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Abu Sa’id al-Khudri melaporkan,Rasulullah S.A.W bersabda;

“ Makan sahur adalah barakah.Oleh itu janganlah kamu meninggalkan ia,meskipun kamu hanya minum seteguk air.Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang yang makan sahur.”

                                                                                              (Hadis Riwayat Ahmad)

 

  • Menyegerakan iftar(berbuka puasa)

 

Sahl bin Sa’ad melaporkan Rasulullah S.A.W bersabda;

“ Manusia masih berada dalam kebaikan selagi dia menyegerakan berbuka.”                                                                         (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

  • Memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa

 

Zaid bin Khalid al-Jahni melaporkan,Rasulullah pernah bersabda;

“ Sesiapa yang memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa,dia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa,namun tidak mengurangkan pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.

                                   (Hadis Riwayat Tarmizi,Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

 

 

 

 

  • Beriktikaf di masjid

 

Ibnu Abbas melaporkan,Rasulullah S.A.W pernah bersabda;

“ Sesiapa yang berjalan demi keperluan saudaranya,perjalanan itu lebih baik daripada iktikaf sepuluh tahun.Sesiapa yang iktikaf satu hari dengan mengharapkan keredhaan Allah  Azza wa Jalla,Allah akan menjadikan tiga parit diantara dia dan neraka.Jarak setiap parit lebih jauh daripada antara timur dan barat.

                                                                      (Hadis Riwayat Thabrani dan Hakim)

  • Bangun pada malam Lailatul Qadar

 

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apakah kebesaran malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu,turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka,kerana membawa semua perkara.Sejahteralah malam(yang berkat) itu hingga terbit fajar!”                                      

                                                                                                          (Al-Qadr: 1-5)

 

  • Memperbanyakkan sedekah

 

Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata,maka mereka melakukannya itulah orang yang beroleh pahala berganda-ganda.”                            

                                                                                                           (Ar-Ruum:39)

 

  • Kerap membaca Al-Quran

 

Abdullah bin Mas’ud melaporkan,Rasulullah pernah bersabda;

“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitabullah,dia mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas menjadi sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf,namun alif satu huruf dan miim satu huruf.”                                                                                 

                                                                                              (Hadis Riwayat Tarmizi)

 

 

Salam Ramadhan Al-Mubarak,

Nur Zinnirah