Tarbiah Diri: Ramadhan tiba lagi,bersediakah kita???

“ Wahai orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu,supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah:183)

Debaran menjemput bulan yang paling diberkati,Ramadhan Al-Mubarak kian terasa .Hanya beberapa hari sahaja umat Islam akan menunaikan salah satu kewajipan yang difardhukan ke atas kita semua iaitu berpuasa dalam bulan Ramadhan. Bagaimana persiapan kita untuk menjemput Ramadhan pada kali ini ?? Bersediakah iman kita ?? Sudah cukup bersediakah kekuatan fizikal dan rohani kita??….

Apabila sebut sahaja mengenai Ramadhan,semua umat Islam bersemangat untuk bertarawih.Buktinya,lihat sahaja keadaan masjid yang tika dulunya lenggang tanpa jemaah tapi bertambah  imarah dengan kehadiran umat Islam.Kanak-kanak kecil juga turut bersemangat untuk solat terawih.Pada masa yang sama juga,umat Islam di Malaysia khususnya,selain bertarawih kita juga turut “rancak” turun padang ke Bazar-bazar Ramadhan.”Rancak” membeli menu juadah untuk berbuka puasa.Itulah suasana di awal dan pertengahan bulan Ramadhan yang acap kali kita menyambutnya. Semangat Ramadhan hanya di awalnya tapi semangat Syawal yang menjadi klimaks dan penutupnya.

Sedikit pencerahan perlu dilakukan agar umat Islam sedar betapa “istimewanya” bulan Ramadhan. Adakah kita selama ini menyambut Ramadhan semata-mata kerana ingin “mengambil kehangatan suasana Ramadhan” ??  Seperti Bazar Ramadhan,mood shopping raya,rancak buat kuih raya dan menghias rumah. Ataupun kita memang benar-benar menyambut Ramadhan kerana mengharapkan keredhaan Allah dan keberkatan bulan Ramadhan tersebut ???

Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
“ Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap keredhaan Allah,dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”                      (Hadis Riwayat Muslim)

Abu Qilabah melaporkan daripada Abu Hurairah yang menceritakan,Rasulullah pernah berkata;

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan,bulan yang penuh berkat.Allah mewajibkan kamu berpuasa.Pada bulan itu pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup.Syaitan-syaitan dibelenggu.Demi Allah,pada bulan itu ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikannya,maka dia haram mendapatkannya.”                                                   (Hadis Riwayat Nasa’I dan Baihaqi)

 

 

Ayuh,umat Islam semua !Kita perbaiki “performance” iman kita untuk menjemput Ramadhan pada kali ini.Andai sebelum ini kita terlalu rancak dan sibuk mencari keseronokan duniawi sehingga kita lupakan Allah dan Rasulullah,maka eloklah kita berhenti. Keberkatan bulan Ramadhan ini harus direbut oleh semua umat Islam.Kita semua ada peluang masing-masing untuk meraih pahala,tetapi kita sendiri yang melepaskan peluang keemasan yang diberi Allah untuk meraih pahala yang tidak terhitung ganjarannya. Jom kita lakukan pencerahan bersama-sama dengan memperbaiki kualiti dan kuantiti ibadah,InsyaAllah..

Pencerahan ibadah sepanjang Ramadhan.

  • Jangan tinggal bersahur

 

Anas bin Malik melaporkan,Rasulullah S.A.W bersabda;

“ Bersahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada barakah” 

                                                                      (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Abu Sa’id al-Khudri melaporkan,Rasulullah S.A.W bersabda;

“ Makan sahur adalah barakah.Oleh itu janganlah kamu meninggalkan ia,meskipun kamu hanya minum seteguk air.Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang yang makan sahur.”

                                                                                              (Hadis Riwayat Ahmad)

 

  • Menyegerakan iftar(berbuka puasa)

 

Sahl bin Sa’ad melaporkan Rasulullah S.A.W bersabda;

“ Manusia masih berada dalam kebaikan selagi dia menyegerakan berbuka.”                                                                         (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

  • Memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa

 

Zaid bin Khalid al-Jahni melaporkan,Rasulullah pernah bersabda;

“ Sesiapa yang memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa,dia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa,namun tidak mengurangkan pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.

                                   (Hadis Riwayat Tarmizi,Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

 

 

 

 

  • Beriktikaf di masjid

 

Ibnu Abbas melaporkan,Rasulullah S.A.W pernah bersabda;

“ Sesiapa yang berjalan demi keperluan saudaranya,perjalanan itu lebih baik daripada iktikaf sepuluh tahun.Sesiapa yang iktikaf satu hari dengan mengharapkan keredhaan Allah  Azza wa Jalla,Allah akan menjadikan tiga parit diantara dia dan neraka.Jarak setiap parit lebih jauh daripada antara timur dan barat.

                                                                      (Hadis Riwayat Thabrani dan Hakim)

  • Bangun pada malam Lailatul Qadar

 

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apakah kebesaran malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu,turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka,kerana membawa semua perkara.Sejahteralah malam(yang berkat) itu hingga terbit fajar!”                                      

                                                                                                          (Al-Qadr: 1-5)

 

  • Memperbanyakkan sedekah

 

Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata,maka mereka melakukannya itulah orang yang beroleh pahala berganda-ganda.”                            

                                                                                                           (Ar-Ruum:39)

 

  • Kerap membaca Al-Quran

 

Abdullah bin Mas’ud melaporkan,Rasulullah pernah bersabda;

“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitabullah,dia mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas menjadi sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf,namun alif satu huruf dan miim satu huruf.”                                                                                 

                                                                                              (Hadis Riwayat Tarmizi)

 

 

Salam Ramadhan Al-Mubarak,

Nur Zinnirah

Advertisements

About Peringatan daripada Al-QUran & Sunnah

https://www.facebook.com/groups/PERINGATAN/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s