Muslimah High Class

icover4

“High class muslimah” adalah seorang wanita yang taat kepada Allah dan Rasulnya.

Sebagai seorang yang sedang mengenali apa itu islam saya sering tercari- cari identiti sebagai seorang muslimah. persis apakah gayanya seorang muslimah itu? bagaimana personalitinya? pembawakan dirinya? Pakaiannya? serta pergaulannya?

Menyusuri sejarah bagaimana martabat wanita itu diangkat dengan kedatangan islam membuat saya bersyukur kerana islam itu benar-benar memelihara wanita yang fitrahnya dipenuhi perasaan malu. Apabila melihat kembali keadaan hidup wanita di barat dan sebelum kedatangan islam saya tidak boleh menerima bagaimana wanita itu dianggap sebagai simbol seks, dijadikan sebagai sindiket pelacuran, pornografi, terlibat dengan pengiklanan yang menghinakan, rendah martabatnya sehingga memiliki anak perempuan itu adalah sesuatu yang sangat memalukan dan anak perempuan di tanam hidup-hidup di tanah Arab sebelum kedatangan Islam. Bahkan di Eropah suatu ketika dahulu isteri-isteri dipakaikan cawat besi jika suaminya pergi berperang. Ditinggal dalam suatu tempoh yang lama dan kuncinya dipegang oleh suami. Bagaimanalah agaknya wanita itu melalui penderitaan memakai cawat tersebut ketika panas dan sejuk. Dan lebih parah jika suaminya meninggal dunia. Manakala di india pula, wanita akan dibakar bersama suami jika suaminya mati dan di Rom pula si isteri akan dihukum atas kesalahan jenayah suami. Dan ironisnya, wanita itu pernah di anggap sebagai bukan manusia. Astagfirullahal azim.. kekejaman yang  memilukan. Namun, selepas kedatangan islam, wanita itu dimuliakan, dihormati dan dipelihara. Subhanallah..

Melihat kepada keadaan muslimah yang sedia ada kini terkadang membuat saya buntu. Ada yang ingin meniru isteri rasulullah dengan berniqab tetapi kenapa masih ada yang bertabaruj dari segi matanya, kenapa ramai juga yang tidak segan silu menupload gambar posing di FB. Apa yang membuatkan saya lebih terkejut ialah apabila para niqabis juga bertindak sedemikian. walaupun saya akui orang awam tidak tahu bagaimana rupa mereka jadi pada anggapan mereka perbuatan mengupload gambar itu tak la seteruk muslimah yang tidak menutup aurat. Ya hakikatnya bgitu, namun apa relevannya mereka berniqab jika tingkahlakunya sama seperti wanita biasa? Atau dalam bahasa kasarnya, niqab itu tak mampu menjaga dirinya bahkan menjerumuskan dirinya ke dalam fitnah.

Lebih memeningkan kepala saya bila melihat ada segelintir yang sekejap upload gambar memakai purdah, sekejap tidak. Ohh..i really2 confius with this type of people. Pada saya sama ada anda sebagai seorang muslimah yang berniqab atau tidak, tidak perlu setiap masa mengupload gambar anda, menceritakan perihal diri anda, apa yang anda lakukan dan selainnya di alam maya seperti di FB, tweeter, blog dan sebagainya untuk tontonan awam. Tetapi jika gambar itu diprivatekan khas untuk sahabat-sahabat yang rapat dan untuk ahli keluarga tiada masalah. Boleh je letak 1 dua gambar di FB sebagai pengenalan diri. cukuplah gambar biasa bukan gambar berposing (gambar dari pandangan kiri kanan belakang, 3D pun ada). jika post yang anda kongsikan itu benar-benar berilmu dan bermanfaat untuk dakwah ianya sangat dialukan. Tetapi jika post itu hanya berisi perasaan, dimana anda berada, apa yang anda lakukan sebaiknya dielakkanlah.

Pada pandangan peribadi saya tak perlu lah anda sebagai niqabis terutamanya untuk upload gambar anda beraktiviti lasak, gambar pinggan yang bersih selepas makan hanya untuk beritahu pada umum “ siapa kata pakai niqab tak boleh buat aktiviti lasak? Siapa kata pakai niqab tidak boleh bersosial? Siapa kata berniqab tak leh makan kat luar?”.  Jikalau pun anda tunjukkan itu semua dengan niat untuk berdakwah adalah lebih baik sekiranya anda menggalakkan orang awam untuk menuntut ilmu agama kerana itu lebih baik berbanding perbuatan anda sebelum itu yang lebih menarik perhatian umum pada anda bukan apa yang ingin anda sampaikan. Mudahnya mesej dakwah tu tak sampai, lebih menggalakkan muslimah untuk berniqab tanpa ilmu hanya kerana teruja dengan anda atau pun rasa seperti “eh, aku pun nak pakai niqab jugaklah!” tanpa mengetahui keperluan dia untuk berniqab. Suka-suka, sebab tu kejap upload gambar pakai niqab, kejap tidak.

Selain itu, takut juga jika orang seperti saya ni salah faham sehingga berfikir “owh..nak jadi baik kena pakai purdah”. Ada juga pernah terbaca komen seorang muslimah kepada seorang niqabis “alhamdulillah..dah berubah dah awak..hmm…saya tak tahu la bila nak berniqab dan jadi baik macam awk”. Eh, statement begini membuatkan saya berfikir “ oh..nak jadi baik kena berniqab rupanya” habis tu macam mana dengan ustazah-ustazah kat luar sana yang menyampaikan ilmu. Tak berniqab pun, yang bertabarruj pun anda. Confuse!.

Bila baca kisah isteri rasulullah, jarang sekali terbaca isteri rasulullah promote untuk pakai niqab melainkan menggalakkan para wanita menuntut ilmu seperti wanita anshar yang dicemburui oleh Aisyah kerana keberanian mereka bertanya soalan kepada Rasulullah dan juga para sahabiah yang meminta rasulullah menyediakan 1 hari dalam seminggu khas untuk wanita menuntut ilmu kerana kecemburuan mereka kepada sahabat yang selalu berpeluang mendampingi rasulullah. Selain itu, para wanita juga terserlah keberaniannya dengan terlibat di dalam peperangan dengan memberi sumbangan dari aspek merawat tentera islam yang tercedera. Jarang sekali, saya membaca kisah-kisah sahabiah yang menjadikan pemakaian niqab sebagai perkara utama untuk menjadi lebih baik, mendekatkan diri kepada Allah dan sebagainya.

Bahkan pernah ada beberapa peristiwa yang menunjukkan wanita pada zaman rasulullah tidak berniqab walaupun berwajah cantik dan dipandang.  (

Saya tahu ada juga muslimah yang memakai niqab untuk mendekatkan diri kepada Allah, terasa diri lebih terjaga. For sure sebab wanita yang pakai niqab tak akan sesuka hati “berhuha” di depan khalayak ramai. Namun, kadang-kadang di FB tak tentu pasal pulak gayanya. Namun bukan semua niqabis yang berperilaku begini, yang benar-benar mencontohi isteri rasulullah itu sangat sedikit. Apa yang jelas, memakai niqabis itu sudah menjadi trend tambahan lagi dengan lambakan perniagaan on9 yang menjual niqab. Tak dinafikan memang kelihatan cantik, solehah, terjaga bila muslimah itu berniqab, saya pun suka pandang, namun apabila si pemakai bertindak di luar norma seorang niqabis yang difikirkan maka lain jadinya. Selain itu, orang yang berniqab kelihatan asing di Malaysia, lebih menarik pandangan berbanding wanita biasa. Kata-kata “jadilah wanita yang tidak memandang dan dipandang” itu tak sesuai diaplikasikan oleh niqabis sebab niqabis kini adalah wanita yang dipandang dan memandang penerimaan orang awam terhadap cara pemakaian meraka.

Saya cadangkan para niqabis sekalian mencontohi niqabis yang sangat sederhana di FB, tidak mengupload gambar sesuka hati melainkan untuk tujuan pengenalan diri, tidak pernah menceritakan pengalaman pahit berniqab seperti dipanggil hantu, kelihatan asing dan sebagainya kerana anda bukanlah mempertahankan sesuatu yang wajib. jangan pelik jika dipandang pelik sebab once u’re wearing it, that means u already prepared to be look as a stranger. I guess it is more wonderful if u can share with orang awam kenapa anda memilih untuk berniqab walaupun ianya bukanlah sesuatu yang wajib dan menjadi tanggungjawab anda untuk memurnikan mindset orang Malaysia tentang pemakaian niqab supaya mereka tidak salah faham bahawa bila sudah berniqab tidak boleh para niqabis untuk menanggalkannya. Sama seperti sudah menjadi hukum wajib untuk dipakai sepanjang masa.

Wanita bertudung labuh ala ustazah juga tudung bidang 60 juga tak lepas dari keadaan ini. Ada juga yang suka mengupload gambar dari belakang, tepi,depan, atas, kiri kanan dan sebagainya. walaupun niat anda untuk berdakwah percayalah manusia tidak semudah itu untuk berubah dengan hanya melihat gambar anda berposing yang disertakan dengan kata-kata yang baik kerana semuanya di dasari iman. Tidak mudah seseorang itu hendak melaksanakan perintah Allah jika tiada iman dihatinya. Dan terkadang bila anda terlalu banyak menekankan aspek aurat, pakai tudung labuh, mengata mereka yang tidak mengikut syariat, balasan syuraga dan neraka tanpa disedari sedikit sebanyak keadaan ini membentuk persepsi di dalam diri problematic muslim dan non muslim bahawa islam ini hanya pasal aurat sahaja..bila keadaan jadi seperti ini mereka semakin takut dan menjauh daripada islam. Sedangkan permulaan agama adalah akidah.

Tetapi siapalah saya untuk mengadili usaha anda itu namun begitu saya yakin dan percaya bahawa seorang wanita muslimah itu tidak perlu meng expose dirinya dikhalayak ramai sesuka hati tanpa ada urusan yang memerlukan beliau berbuat sedemikian. Saya sangat mengangumi muslimah yang aktif berdakwah diluar, berani bersuara tetapi sangat menjaga dirinya sama ada diluar mahupun di alam maya. Tidak berlebihan menggunakan  teknologi sedia ada. Baginya alam maya itu melalaikan diri teruatama hatinya. Tiada guna berkongsi segala perasaan di alam maya, apatah lagi berkongsi aktiviti seharian yang dilakukannya. Walaupun jarang nampak kelibatnya di alam maya tetapi bila sekali dia bersuara di alam maya mampu memberi kesan kepada hati-hati mereka yang membacanya. Alangkah hebatnya wanita seperti ini, sangat dihormati, disegani dan ingin dicontohi.

Dan kajilah sirah..bacalah kisah mengenai Maryam, asiah dan para isteri rasulullah nescaya anda akan menemui contoh teladan dan role model yang boleh anda contohi untuk menjadi wanita high class. Hayatilah keimanan dan kecintaan mereka kepada Allah membimbing mereka untuk menjadi muslimah yang dicintai Allah justeru diberi kedudukan yang istimewa di sisi Allah.

Perkara utama di dalam mencontohi para isteri rasulullah bukanlah dengan berniqab tetapi mencontohi perilaku mereka, kegigihan mereka menuntut ilmu, menghafal hadis dan ayat quran serta memahaminya. Berani dalam mempertahankan agama, penuh keimanan dan ketaqwaan di dalam dada bukan menimbulkan kekeliruan di dalam diri mereka yang melihatnya. Percayalah..seorang muslimah yang baik adalah mereka yang memelihara dirinya dari fitnah dunia, tidak dikenali tetapi sangat disegani. Setiap butir bicara yang keluar dari mulutnya mampu menyentuh hati-hati mereka yang mendengar. Perilakunya subhanallah lembut tetapi penuh semangat memperjuangkan islam di dunia.

Setiap apa yang dilakukan oleh seorang muslimin atau muslimat semuanya didasari oleh iman. Bagi seorang wanita, sukar untuk dia menutup aurat dengan sempurna tanpa iman di dada. Sukar untuk dia melabuhkan tudungnya menutupi dada, sukar untuk dia memilih pakaian yang longgar untuk menutup bentuk badannya, sukar untuk dia menolak godaan fesyen muslimah sedia ada,sukar untuk dia memakai stoking, sukar untuk dia memelihara maruah dirinya dan semuanya itu terasa sangat sukar. Sukar kerana lemahnya iman. Disebabkan ini didikan iman itu lebih penting daripada mendidik mereka untuk menjadi seseorang yang tidak mengerti kenapa dia perlu berbuat begitu dan tidak dapat merasai nikmat melakukannya

Saya sangat menghormati pada niqabis kerana saya tahu sukar untuk istiqmah dengannya di negara yang menganggap pemakai adalah seorang yang pelik. Pada saya mereka yang berniqab sangat bermujahadah untuk istiqamah namun saya berasa keliru dengan niqabis yang tidak  bertindak sewajarnya sebagai seorang niqabis ketika di alam maya mahu pun di luar. Jangan mencontohi niqabis di dalam 7 petala langit atau seangkatan dengannya. Nasihat saya, sila muhasabah diri anda semula dan jika benar-benar anda ingin mencontohi isteri rasulullah sila lah contohi aspek yang lain juga. Saya tahu tidak semua yang berniqab adalah seorang yang memiliki wajah yang cantik, bukan tahap darurat untuk menutup sebahagian wajah namun memilih jalan untuk berniqab untuk memelihara diri mereka. Namun begitu, masih ada yang pakai saja-saja tanpa tahu tujuan sebenar dan akhirnya secebis kain di muka itu tidak mampu memelihara dirinya bahkan menjerumuskan dirinya ke dalam fitnah. Nauzubillah..

Begitu juga dengan muslimah yang bertudung labuh. Apabila memakai tudung labuh sebegitu pun masih gagal untuk memelihara diri anda maka sila lah muhasabah diri anda kembali. Kepada muslimah-muslimah di luar sana yang tidak kira siapa anda, tidak kira selabuh atau sesingkat mana tudung anda, satu perkara yang anda perlu sedar muslimah tu adalah gelaran untuk semua wanita yang beragama islam bukan untuk wanita bertudung labuh atau niqabis. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk menjadi muslimah yang mukminah. Jadilah hamba yang beriman dan bertaqwa untuk kebahagian dunia dan akhirat. Semoga Allah merahmati umat islam.

Pemakaian niqab itu tidak dihalang, tetapi berperilakulah selayaknya sebagai seorang niqabis kerana anda memilih untuk meninggikan martabat anda melebihi wanita biasa jadi tidak normal apabila anda berperilaku sebaliknya.wallahua’lam

Sebenarnya niqab bukanlah satu pengukur aras martabat seseorang kerana tiada dalil yang menyokongnya bahkan ianya hanyalah sejenis pakaian. Sebaik baik pakaian adalah taqwa. Seseorang yang memakai pakaian taqwa, pasti terserlah pada luarannya sama ada dari segi luarannya, tingkahlaku, pergaulan dan sebagainya.

Advertisements

About Peringatan daripada Al-QUran & Sunnah

https://www.facebook.com/groups/PERINGATAN/

One thought on “Muslimah High Class

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s