Di mana iman?

Ramai orang , merasakan imannya menggunung apabila kelihatan amalannya lebih dari orang lain.Atau dia punya ilmu agama yang banyak . Atau dia terasa ringan untuk melaksanakan amalan sunnat.

Sebenarnya, rasa beriman itu tidaklah semudah dan semurah itu untuk dikecapi. Jika tidak, masakan seorang wanita pelacur, boleh masuk syurga hanya dengan memberi minum pada anjing.Sedangkan para ulama yang hebat ilmunya, bangun bersolat dihampir setiap malam, bersedekah, berzikir  itupun, masih gementar dan takut  kalau amalan mereka belum mencukupi  walaupun sekadar untuk mencium bau syurga.

Persoalannya, dimanakah iman dan bagaimana ia dikecapi?

Iman itu hadir, bukan pada amalan yang dilaksanakan.Tetapi, iman itulah yang membuahkan amalan ikhlas.Melawan perasaan ketika hendak melakukan sesuatu amalan itulah yang menjadi kayu ukur keimanan. Tidak sama perasaan dan rasa seorang kaya yang bersedekah  RM100 dengan seorang miskin yang bersedekah RM10, dan disaat itu dia amat memerlukan.

Begitulah juga.Tidak sama mereka yang mendapat Islam dengan mencari dan mengkaji, mendapat tentangan keluarga, dibuang masyarakat kaumnya. Berbanding dengan sebahagian yang lain , yang lahirnya sudah menjadi seorang muslim.

Samalah  juga dengan orang yang Allah bukakan kemudahan dan keringanan untuk melaksanankan ibadah. Mungkin kita rasa senang untuk melakukan solat dhuha, senang untuk membaca AlQuran setiap hari, senang untuk menerima teguran agama, senang untuk  berkawan dengan orang yang baik, dan senang dalam segala-gala. Tetapi, ada sesetengah orang yang Allah tidak bukakan kesenangan itu pada mereka.Sehinggakan , mereka terpaksa bertarung dengan perasaan malu dan sabar  tatkala disindir oleh rakan-rakannya. Namun, apabila insan itu berjaya menundukkan nafsunya dihadapan ayat-ayat Allah, maka disitulah letakkanya iman.

IMAN TIDAK BERGANTUNG KEPADA GELARAN.

Cuba kita fikir sejenak.Seorang ustaz yang digaji dan ditugaskan mengimamkan Jemaah setiap waktu solat. Mereka tidak ada punya halangan untuk melakukan ibadah atau untuk ke masjid kerana memang disitu  tempat mereka.Menunaikan solat berjemaah itu bukanlah suatu bebanan.Namun, ada orang yang Allah uji dengan kesibukan kerja. Tempatnya jauh dari masjid. Rakan-rakannya pula tidak bersolat.Untuk melaksanankan solat berjemaah itu merupakan suatu kesukaran buatnya. Namun, digagah juga melangkahkan kaki ketempat solat untuk menghadap Sang Pencipta. Maka, disitulah imam.

BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH.

Jangan kita katakan diri kita ini jauh dari Tuhan atau sukar mendapat syurga kerana kita bukan ustaz atau tidak belajar agama. Allah itu Maha Pemurah pada membahagi-bahagikan rahmatNya. Maka , tidak benar ,bahkan jahillah jika kita membandingkan tahap keimanan itu dengan melihat kepada zahir amalan ibadah kita  dengan timbangan akal.

Hatta seorang ulama sekalipun.Tatkala dia tidak mampu melawan perasaannya . Antara memenuhi perintah Allah dengan menyenangkan hati manusia ,lalu dia memberi  fatwa yang memberi kepentingan pada dirinya.Maka Allah menyifatkan mereka sebagai anjing.Itu namanya ulama.

Maka sedarlah manusia.ALLAH MENGUJI KADAR KEIMANAN ITU ,DENGAN KADAR APA YANG DIBERI.

Jika Allah kurniakan kamu dengan ilmu agama, maka diuji kita dengan rasa ria’ dan perdebatan.

Jika Allah kurniakan kita dengan rasa ringan untuk melakukan amalan sunnat, maka diuji kita dengan rasa besar diri,

rasa mulia berbanding orang lain, dan rasa selesa dengan apa yang ada.

Jika Allah  kurniakan kita dengan rupa paras yang cantik, maka diuji kita dengan nafsu syahwat.

Jika Allah kurniakan kita dengan semangat juang yang tinggi, maka diuji kita untuk memilih dan menegakkan kebenaran atau kebatilan.

Jika Allah kurniakan kita dengan keberanian , maka diuji kita dengan rasa sombong.

Jika Allah kurniakan kita dengan kekayaan. maka diuji kita dengan sifat kedekut dan boros.

Jika sekiranya kita dapat melawan perasaan, menundukkan nafsu diatas segala ujian tersebut, maka disitulah letakkanya iman yang sebenar. .bukan zahir amalan . .

Pohonlah pada Allah, agar kebaikan yang diberi itu, bukan kerana ISTIDRAJNYA. . .

TAWAKKAL ITU JUGA UNTUK AHLI MAKSIAT,

Tawakkal, seringkali berjaya membawa seorang hamba kedataran hidayah. Mungkin sebelum ini dia tidak tahu apa itu erti solat, apa erti puasa , apa ertinya makan halal ,dan rezeki yang halal , dan apa itu akhlak mulia.Tetapi sesekali Allah uji dia dengan kesempitan dan tatkala itu dia menyeru nama Tuhannya , maka disitu Allah bukakan pintu tawakkal .Dan kerana tawakkal itulah, akhirnya dia mengenal siapa Tuhannya.Allah berfirman dalam AlQuran :

,”Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”. (Al Baqarah:153)

Lihat bagaimana lunaknya Allah memujuk hati hamba-hambanya yang keras untuk menunaikan solat dan berakhlak mulia. Antaranya dengan cara  diberikan kesempitan dalam kehidupan.Meskipun solat itu wajib sebagai tanda pengibadatan kepada-Nya.Meskipun sifat sabar itu memang dituntut dalam agama sebagai salah satu cabang sifat mulia.

Namun,  untuk memberikan hidayah taufiq kepada seseorang hamba, Allah berikan ujian dalam kehidupan yang meresahkan dirinya, lalu Allah menyuruh mereka meminta pertolongan dengan menunaikan SOLAT dan berakhlak mulia dengan SABAR, untuk membolehkan mereka keluar dari daerah kegelisahan itu .Bukan itu sahaja, bahkan Allah memberi peringatan kepada hambanya supaya JANGAN PUTUS ASA DARI BERTAWAKKAL , kerana putus asa itu merupakan sifat orang kafir.

…Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf:87)

Maka tidak betullah sebahagian orang mengatakan, ” Aku bukan baik macam kau.Kau rajin solat, kau rajin baca Quran , orang kenal kau dengan kebaikan.Orang kenal aku dengan kejahatan.Solatpun aku tak pernah. Mana mungkin Allah  nak dengar doa orang yang tidak solat macam aku “.

Inilah sangkaan yang paling dasyat terhadap Allah.Sedangkan Rasulullah s.a.w menyebut :

”Janganlah mati salah seorang daripada kamu melainkan setelah dia bersangka baik terhadap Allah Taala”(HR Muslim)

Dia menyangkakan Allah begitu kedekut untuk memberi Rahmatnya kepada manusia.Dia menyangka bahawa tawakkal itu bermaksud menghala doa didepan kaabah , bertutur dalam bahasa arab, dan mengucapkannya ditikar sejadah dan dimasjid selepas solat.TAK!ITU BUKAN SEMESTINYA!

Tawakkal itu tidak pernah dibatasi dengan tempat dan masa.Hatta kalian berada dia tengah temapt maksiat sekalipun, bertawakkallah dna bermohonlah kepada Allah agar diselamaatkan iman kita.Hatta kalian berada dimeja study, meja pejabat, mahupun diatas katil .

Bertawakkallah, berdoalah, bermohonlah.Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Rahmatnya itu dilimpahkan keseluruh ceruk alam.Seorang kafir, yang dia bertawakkal dan bermohon dengan nama tuhannya, PUN Allah sahut seruan itu dengan memberikan  dia dengan rezeki dan kemewahan.

Seorang non muslim, yang mencari-cari hidayah dijalan kebenaran, yang bertawakkal dan bermohon degan nama tuhannya(sebelum Islam), PUN Allah sambut seruan itu dan memberikan dia dengan cahaya hidayah Islam.Sedangkan, dia bermohon ketika dia masih belum mengenali siapakah Allah , dan apakah itu Islam.

Inikan pula kita yang muslim.Yang cuma melakukan beberapa maksiat, kemudian kita katakan Allah tidak mahu mendengar rintihan taubat dan pengharapan ??? MUSTAHIL!

Sesungguhnya  Rasulullah telah meninggalkan satu azimat yang selagi mana hamba itu berpegang, maka dia akan melihat keluasan pergantungan dengan Allah Azzawajall.Dalam sebuah hadith ,Allah berfirman :

” Rahmat Ku mendahului kemurkaan Ku”

ingatlah , sesungguhnya , TAWAKKAL itu mendahului IBADAH. .

Wallahua’lam . .

Advertisements

About Peringatan daripada Al-QUran & Sunnah

https://www.facebook.com/groups/PERINGATAN/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s