APA YANG KITA TAHU ,BUKAN SEMESTI APA YANG KITA PERLU

“Sebaik-baik zikir adalah zikir dengan samar (sembunyi) dan sebaik-baik rezeki adalah rezeki yang mencukupi.”( Riwayat Ibnu Hibban).

Bismillahirrahmanirrahim,

KEHENDAK. Sebenarnya bukan semua orang tahu apa kemahuan dirinya sendiri. Tidak kira yang sudah menjadi jutawan atau yang miskin, bahkan yang sibuk mahupun yang lapang.

Sebab itu kita tidak pelik  mendengar cerita bagaimana artis-artis dan jutawan  yang memiliki kecantikan dan kemewahan itu,mereka sanggup meninggalkan semuanya semata-mata untuk berhijrah mengenali fitrah agama. Namun tidak kurang juga yang membunuh diri .Nauzubillah.

Persoalan yang dilontarkan, kenapa mesti mereka tinggalkan semua itu sedangkan itulah yang kita TAHU bahawa ia menjadi KEPERLUAN semua orang?

Disinilah sebenarnya titik permulaan bicara. Kita melihat, menilai ,dan mendengar orang yang mengecapi sesuatu kejayaan itu dengan kita merasakan , kita juga akan bahagia jika dapat sepertinya. ITU APA YANG KITA TAHU. Tapi cuba tanya pada diri kita, apakah benar itu yang kita PERLU?

Kita tahu orang cakap memiliki kereta mewah itu membahagiakan. Tapi apakah dengan kereta yang kita ada sekarang ini tidak memberikan kita cukup bahagia?

Kita tahu orang cakap memiliki wanita cantik itu suatu kebanggaan. Tapi apakah betul itu yang kita mahu?. Jika benar itu yang kita mahu, sudah tentu wanita-wanita cantik yang pernah kita ketemu sepanjang hidup telahpun menjadi isteri kita sekarang .Tapi kenapa si”dia” yang menjadi pilihan kta? Kerana pada dirinya ada yang kita mahukan. Mungkin pada agamanya. Mungkin pada sikapnya.

Kita tahu memiliki wang yang banyak untuk berbelanja mewah pada pakaian dan makanan itu sesuatu yang disebut-sebut orang. Tapi apakah benar kita perlukan semua itu jika kita punya duit yang banyak kelak?. Cuba lihat diri kita sekarang. Jika sekarang dengan kadar wang yang ada, kita suka berinfak untuk agama dan orang yang susah. Mungkin dengan memiliki kekayaan kelak, kita akan menjadi lebih kuat untuk berinfak dan bersedekah. Bahkan kita merasa membazir pula untuk membelanjakan duit semata untuk pakaian dan makanan yang akan lusuh dan kurang. Maka dengan itu, menanam cita-cita menjadi kaya itu tidak salah.

Kita tahu bahawa sahabat Nabi kebanyakkan mereka hidup dalam kemiskinan dalam membawa agama. Tetapi apakah mereka menjadi miskin kerana menjadi orang beragama, ataupun mereka sendiri yang membuat keputusan dan rasa selesa dengan kemiskinan yang ada untuk menjaga agama?  Sedangkan, ada sahaja sahabat dan orang soleh yang kaya. Maka ,apa yang kita TAHU sebelum ini bahawa “agama itu memiskinkan” adalah sesuatu yang salah!.Begitulah antara contoh yang saya boleh bawakan untuk kita memahami konsep TAHU dan PERLU..

Ramai orang meletakkan “post” di wall facebook tentang kerja seharian mereka, kejayaan mereka, kehendak mereka, dan bermacam-macam lagi. Sehinggakan ada diantara kita yang merasakan dirinya masih belum dikurniakan apa-apa nikmat oleh Tuhan dek kerana membandingkan kisah diri dan orang lain. Sebab itu, dia mahu semua kejayaan, cerita dan kisah orang lain di facebook itu terjadi kepadanya. Dengan sangkaan dengan cara itu dia akan bahagia.

Itu apa yang dia TAHU. Tapi bukan semesti  apa yang dia PERLU.

Setiap dari kita, Allah telah menulis jalan cerita dan takdir rezeki yang tersendiri. Maka untuk kita mengetahui “rahsia”  berkenaan takdir kita, hendaklah kita berusaha mendekati Allah.  Yakinlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Firman Allah dalam hadith Qudsi yang bermaksud:

“”Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.” (Riwayat Muslim)

Banyakkan  melihat dan memahami ayat-ayat AlQuran lebih dari membaca post-post di wall facebook orang.  Percayalah. Setiap ayat yang kita faham daripada makna AlQuran, membawa tafsiran hidup yang berbeza bagi setiap insan.  Berusahalah membaca terjemahan alQuran .InsyaAllah, kita akan TAHU APA YANG KITA PERLU. Image

Advertisements

. .orang muda, dan cerita mereka . .

Alhamdulillah,terasa bagaikan sebuah bangunan yang kukuh apabila bertemu dengan sahabat-sahabat di facebook yang saban hari menyampaikan risalah-risalah Islam tidak kira di “note”nya,mahupun diletakkan sebagai statusnya.Usaha kalian bukanlah suatu yang sia-sia.Inilah permulaan jihad kita yang pastinya kita sebagai “orang muda’ ,punyai semangat yang liar seperti singa.

Jika seorang  muslim  itu berlaku adil dan punyai sikap baik dalam pemerintahannya ,maka kita sebagai orang muda sanggup membiarkan mereka melatakkan kaki mereka di muka kita jika itu perlu untuk menegakkan kebenaran  .Namun jikamerek  tidak berlaku adil dan bersikap zalim ,saksikanlah bahawa orang muda akan  meletakkan kaki kita di pipi mereka sehingga mereka mengembalikan semula keadilan dan memberhentikan perbuatan mereka.

Wahai orng muda,lidahmu fasih sehingga mampu menghiris.,akhlakmu mulia dan mampu membela,Fikiranmu matang ,sudah tentu sukar ditentang,

Bangunlah!Bangunlah!Bangunlah!

Sebarkan risalah agama ini di corong-corong facebook,blog,artikel dan selainnya.Kita bukanlah pemuda palestina:

—— yang mana medan jihad terbuka luas dihadapan mereka.——seperti Mohammed al-Farawi yang baru berumur 15 tahun yang ditembak ketika membantah rampasan tanah oleh rejim yahudi Laknatullah.——yang diculik,dihentak kepala hingga pengsan ,kemudian dicuri organ dalaman mereka untuk didagangkan.——yang dihalang dari mendapatkan ilmu,hinggakan terpaksa berdepan dengan muncung-muncung senapang demi secebis ilmu

KENAPA ALLAH TIDAK LAHIRKAN KITA DARI PERUT IBU-IBU PALESTINA?

Jawapannya kerana Allah  lebih mengetahui kemampuan kita .Segala rahsia kehidupan ini ada dalam ilmuNya.Mungkin jika kita dilahirkan sebagai rakyat Palestina,kita tidak sekuat mereka!
Maka persoalan yang harus kita fikir adalah ,” Kenapa dan mengapa .Disini,Pada hari ini. Allah masih memberikan kita nyawa untuk terus hidup sebagai orang muda yang hidup dengan kemewahan kemajuan denagn komunikasi?

Saksikanlah, Allah Maha Adil. Adil dalam membahagi-bahagikan ruang dan peluang untuk hambaNya berlumba dalam menegakkan syiar agama. Mungkin kita tak dibekalkan dengan senjata dan harta , tetapi Allah telah membekalkan PENA dan MINDA.Supaya dihadapan mahkamah Allah azzawajalla kelak, tidak ada alasan lagi buat kita.

Jangan kamu semua leka lagi dengan usia muda.Jangan dikatakan “aku masih muda untuk memikirkan semua itu”.Siapa yang dapat beri jaminan bahawa nadi kita  masih lagi berdetik seusai sudah membaca pesanan ini?

Jangan kamu menjadi seperti SIPENGECUT diluar sana.Apabila diajak berjihad dan mengamalkan cara hidup Islam,dikatanya jumud pemikiran kita.Dikatanya kita tidak akan maju.Dikatanya cukuplah dengan aku menyumbang RM10.20,30 apabila Tabung Bencana Palestine dihulur.

Tuntutlah ilmu bersungguh -sungguh.Jadilah imam,kepada golongan bertaqwa.Jangan kita lupa  sebagai GOLONGAN TERPELAJAR.Seruan jihad akan sampai tidak lama lagi .Siap siagalah kita berbekalkan apa yang ada

. . .

Simfoni Cinta : Solehah Seanggun Bidadari

iluvislam girl 3

Sebelum kedatangan Islam yakni  pada saat hati masyrakat Arab tika itu dicekam kuat dengan jahiliyyah,kedudukan wanita adalah sangat dirasakan hina dan dipandang rendah. Kekejaman dan kerakusan masyarakat Arab Jahiliyyah berleluasa hinggakan anak perempuan di bunuh hidup-hidup. Kelahiran anak lelaki disambut dengan sorakan gembira sedangkan kelahiran anak perempuan disambut dengan kebencian yang meluap-luap.

“ Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya,sedang ia sangat marah. Ia bersembunyi dari orang ramai kerana berita buruk yang disampaikan kepadanya; adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan hina, atau ia menanamnya hidup-hidup dalam tanah ? Ketahuilah ! sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.”

(An Nahl : 58-59 )

Kekejaman dan kezaliman masyarakat Arab terhadap golongan wanita berakhir apabila cahaya Islam mula menyinari bumi Makkah dan Madinah.Risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W membasahi nurani masyarakat Arab apabila Islam mengangkat dan memuliakan kedudukan wanita. Wanita tidak lagi menjadi hamba kerakusan Jahiliyyah,bahkan semangat jihad mereka yang membara tidak menjadi penghalang untuk mereka bersama kaum muslimin menegakkan syiar Islam.

Allah menciptakan golongan hawa ini dengan keunikan peribadinya yang anggun. Fitrah kelembutan sebagai seorang wanita ditiupkan dalam sanubari mereka. Biarpun kelembutan membaluti jiwa mereka,sejarah Islam membuktikan para srikandi Islam ini hebat sumbangan mereka dalam pembinaan syiar Islam. Apakah yang membuat golongan wanita Islam ini begitu membara semangat jihad dan cinta mereka ini  kepada Islam?? Bagaimana mereka mendidik jiwa sehinggkan hati mereka sentiasa bertasbih mencintai Tuhan Yang Esa ?? Bagaimanakah mereka membenarkan kalimah syahaddah mereka terhadap Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W ?? Jawapannya ialah ISLAM.

Wanita mukmin bukan sahaja menerima risalah Islam bahkan, mereka menghayati dan beramal dengan Islam. Mereka mematuhi perintah Allah sebagaimana Allah berfirman dalam kalamNya ;

” Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya….“.     ( Al-Baqarah :208)

“ Barang siapa yang mentaati Rasul maka dia telah mentaati Allah…..”                        (Surah An- Nisa’ : 80)

Baginda pernah bersabda ;

“ Sesungguhnya Allah mengutus seorang nabi pada akhir setiap tujuh umat.Siapa yang durhaka kepada nabinya,maka dia termasuk orang yang sesat, dan siapa yang mentaati nabinya,maka dia termasuk orang yang mendapat petunjuk”

(Direkodkan oleh Abdullah dan Ath-Tobrani,serta Ibnu al-Qayyim dalam  Hadil-Arwah)

 

 

cara-tutup-aurat

Wanita mukmin yang mengharapkan keredhaan Allah akan mencantikkan iman mereka kerana mereka menyedari tanggungjawab mereka. Antara tanggungjawab wanita mukmin adalah :

  • Tanggungjawab kepada Allah dan Rasul
  • Tanggungjawab kepada diri sendiri
  • Tanggungjawab kepada ibu bapa
  • Tanggungjawab kepada suami
  • Tanggungjawab kepada anak-anak
  • Tanggungjawab kepada teman
  • Tanggungjawab kepada jiran tetangga

Biarpun  era moden pada hari ini memaksa wanita untuk bersaing dengan kaum adam,namun tidak ada alasan bagi seorang wanita itu untuk tidak menjaga kesopanan adab,keindahan akhlak dan keutuhan iman mereka. Jika hati benar-benar mencintai Allah dan Rasulullah,pasti iman membicarakan Islam. Iman yang membicarakan Islam dapat dilihat apabila :

  • Emosi wanita itu tidak mengikut kehendak akal dan nafsunya semata-mata
  • Bual bicara wanita itu membicarakan komunikasi akidah yakni sentiasa mempastikan tuturan kata-katanya memuji keagungan dan kekuasaan Allah S.W.T
  • Menutup aurat sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah
  • Pandangan mata yang dilemparkan hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah bukannya lemparan fitnah buat kaum adam
  • Akhlak yang terpancar merupakan pancaran akhlak Rasulullah
  • Sunnah baginda menjadi rutin harian

Dari Ummu Sulamah,isteri baginda.Katanya :

Aku bertanya,

“ Ya Rasulullah,manakah yang lebih utama,wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli itu?”

Baginda menjawab;

“ Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dan apa yang tidak nampak.”

Aku bertanya;

“ Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”

Baginda menjawab;

“ Kerana solat mereka,puasa dan ibadah mereka kepada Allah.Allah meletakkan cahaya di wajah mereka,tubuh mereka adalah kain sutera,kulitnya putih berseri,pakaiannya berwarna hijau,perhiasannya kekuningan,sanggulnya mutiara dan sisirnya dari emas. Mereka berkata; “ Kami hidup abadi dan tidak mati,kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali,kami selalu mendampingi dan tidak berganjak sama sekali dan tidak pernah bersungut sama sekali.Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”                                           

(Hadis Riwayat At-Tabrani)

                      *****************************************************************

10     Wasiat Rasulullah S.A.W kepada Puterinya, Fatimah Az-Zahra’

 

  •  “ Ya Fatimah,wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap gandum,melenyap keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.”

 

  • “Ya Fatimah,wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya,nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.” 

 

  • “Ya Fatimah,tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya,melainkan Allah menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.”

 

  • “Ya Fatimah,tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya,melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.”

 

  • “Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri.Andai suami tidak reda kepadamu,maka aku tidak akan mendoakanmu.Ketahuilah wahai Fatimah,kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.”

 

  • “Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat akan memohon keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan.Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan,Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya,maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan,maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun.Di dalam kubur akan mendapat taman-taman indah yang merupakan sebahagian dari taman syurga. Dan Allah memberikan pahalanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan umrah dan seribu malaikat memohonkan keampunan baginya hingga hari kiamat.”

 

  • “Ya Fatimah, tidaklah wanita melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas,melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan.Allah memberikan kepadanya seratus kali beribadah haji dan umrah.”

 

  • “Ya Fatimah, tidaklah wanita tersenyum di hadapan suami,melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.”

 

  • “Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati,melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.”

 

  • “Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatkannya, meminyakkan janggut dan memotong misainya serta memotong kukunya melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga.Allah mempermudah sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebagaian dari taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari seksa neraka serta dapat melintasi titisan sirat dengan selamat.”  

*****************************************************************

 

Nukilan : Nur Zinnirah

Antara perkara yang menjadikan amalan sia-sia.

Manusia yang percaya kepada Tuhan lakukan amalan baik. Mereka mengharapkan segala amalan baik yang dilakukan diterima Tuhan. Namun, terdapat antara mereka yang tidak sedar bahawa harapan tersebut ada yang tidak jadi realiti. Kerana ada kalanya Dia enggan menerima sebarang amalan daripada orang-orang tertentu. Lantaran itu, amalan mereka jadi sia-sia belaka, baik di dunia mahupun di akhirat.

Faktor-faktor yang menyebabkan amalan manusia jadi sia-sia telah dijelaskan Allah di dalam al-Qur’an. Ayat-ayatnya didapati agak banyak, dan diturunkan di bawah ini menurut kronologi:

1.  Murtad atau berpaling daripada agama. Firman Allah,

“Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka jadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya.” (2:217)

2.  Tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan

a) membunuh Nabi dan manusia yang menyuruh pada keadilan. Firman-Nya,

 “Orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut, dan mereka membunuh manusia yang menyuruh pada keadilan, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih. Mereka itu, amalan-amalan mereka jadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka tidak ada penolong.” (3:21-22)

b) pertemuan dengan-Nya. Dan usahanya sesat tetapi sangka mereka buat baik. Firman Allah,

 “Orang-orang yang usahanya jadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka sangka bahawa mereka buat perbuatan baik. Mereka itulah orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Pemelihara mereka, dan pertemuan dengan-Nya; amalan-amalan mereka jadi sia-sia, dan pada Hari Kiamat, Kami tidak menegakkan bagi mereka sebarang penimbangan.” (18:104-105)

c) menghalangi orang lain daripada jalan Allah. Firman-Nya

 “Orang-orang tidak percaya, dan menghalang jalan Allah, Allah sesatkan (hilangkan) amalan-amalan mereka.” (47:1)

d) menghalangi orang lain daripada jalan Allah, dan melawan Rasul setelah petunjuk (al-Qur’an) jadi jelas. Di sini, sikap yang negatif terhadap petunjuk setelah ia jadi jelas juga diertikan seperti melawan Rasul, kerana Rasul yang sampaikannya. Firman Allah,

 “Orang-orang tidak percaya, dan menghalang jalan Allah, dan melawan Rasul setelah petunjuk jadi jelas bagi mereka, mereka tidak akan sedikit pun mudaratkan Allah, dan Dia akan jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.” (47:32)

Sebenarnya juga, amalan orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, lalu tidak mentaatinya, walaupun mengaku Islam, adalah seperti fatamorgana sahaja. Firman-Nya,

 “Dan orang-orang tidak percaya, amalan-amalan mereka seperti fatamorgana di dataran yang luas, di mana orang yang dahaga menyangkanya air, sehingga, apabila dia mendatanginya, dia dapatinya tiada sama sekali; dan dia dapati Allah di sisinya, dan Dia bayar perhitungannya dengan sepenuhnya; dan Allah cepat buat perhitungan.” (24:39)

3.  Percaya kepada ayat-ayat Allah, tetapi mempergunakan wanita untuk berzina atau untuk dijadikan teman rahsia (mistress). Mereka yang buat demikian dikatakan tidak percaya (kafir) dalam keimanan. Firman-Nya,

 “Begitu juga (dihalalkan) wanita-wanita yang mukmin, dalam pernikahan, dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu, jika kamu beri mereka upah mereka, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau jadikannya teman rahsia. Sesiapa yang tidak percaya dalam keimanan, amalannya jadi sia-sia, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.” (5:5)

4.  Percaya kepada ayat-ayat Allah, tetapi menolak orang-orang lain yang bersumpah berada bersama mereka dalam pakatan. Firman Allah,

 “Dan orang-orang yang percaya akan berkata, ‘Adakah ini orang-orang yang bersumpah dengan Allah, dengan sumpah segenap hati, bahawa mereka adalah berserta kami?’ Amalan-amalan mereka jadi sia-sia; mereka jadi orang-orang yang rugi.” (5:53)

5.  sekutukan Allah. (Sila rujuk artikel Sekutu Allah menurut al-Qur’an untuk mengenali siapa sebenarnya orang-orang yang menyekutukan Allah.) Firman-Nya.

 “Itulah petunjuk Allah; Dia beri petunjuk dengannya kepada siapa Dia kehendaki daripada hamba-hamba-Nya; sekiranya mereka orang-orang yang menyekutukan, nescaya sia-sialah bagi mereka apa yang mereka telah buat.” (6:88)

Orang-orang yang menyekutukan Allah turut didapati di masjid-masjid, seperti mereka yang memakmurkannya. Firman Allah,

 “Tidaklah patut bagi orang-orang yang menyekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri, akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan mereka jadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya.” (9:17)

6.  Mendustakan ayat-ayat Allah dan pertemuan di akhirat. Frasa mendustakan ayat-ayat Allah adalah jelas dengan sendirinya tetapi mendustakan pertemuan di akhirat boleh juga diertikan seperti tidak takut kepada balasan di akhirat. Firman-Nya,

 “Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan pertemuan di akhirat, amalan-amalan mereka jadi sia-sia; tidakkah mereka akan dibalas melainkan apa yang mereka buat?” (7:147)

7.  Hanya ambil bahagian kesenangan setelah jadi kuat dan kaya. Atau, asyik hendak enjoy sahaja. Firman-Nya,

 “Seperti orang-orang sebelum kamu, yang lebih kuat daripada kamu dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam harta dan anak-anak; mereka ambil kesenangan dengan bahagian mereka; maka kamu ambil kesenangan dengan bahagian kamu, sebagaimana orang-orang sebelum kamu ambil kesenangan dengan bahagian mereka. Kamu terjun sebagaimana mereka terjun. Bagi mereka itu, amalan-amalan mereka jadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi.” (9:69)

8. Mahukan dunia dan perhiasannya apabila buat sesuatu kerja. Mereka akan dapat dunia dan perhiasannya, tetapi di akhirat segala kerjanya jadi sia-sia sahaja lalu dicampakkan ke dalam neraka dan duduk kekal di dalamnya. Firman Allah,

 “Sesiapa yang hendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan bayar kepada mereka sepenuhnya untuk amalan-amalan mereka di dalamnya, dan mereka tidak dirugikan di dalamnya. Mereka itulah orang-orang yang tiada bagi mereka di akhirat kecuali Api, dan usaha mereka jadi sia-sia di dalamnya, dan palsulah kerja-kerja mereka.” (11:15-16)

9.  Kedekut serta menghalangi orang lain daripada berperang untuk Allah. Juga bersifat pengecut dan tidak percayai. Firman Allah,

 “Sesungguhnya Allah tahu orang-orang antara kamu yang menghalangi, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudara mereka, ‘Datanglah kepada kami’, dan mereka tidak mendatangi peperangan kecuali sedikit, Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu. Apabila ketakutan datang kepada mereka, kamu melihat mereka memandang kepada kamu, dengan mata-mata mereka berputar-putar seperti orang yang ditutupi kematian; tetapi apabila ketakutan telah pergi, mereka cela kamu dengan lidah yang tajam, dengan kikir untuk miliki yang baik. Mereka itu tidak pernah percayai; Allah jadikan sia-sia amalan-amalan mereka; dan itu, bagi Allah, mudah.” (33:18-19)

10.  Benci pada apa yang Allah turunkan (Sila rujuk Kalimat benci di dalam al-Qur’an.) Firman-Nya,

“Itu kerana mereka benci pada apa yang Allah turunkan, maka Dia jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.” (47:9)

11.  Buat apa yang Tuhan marah. (Sila rujuk Kalimat marah atau murka di dalam al-Qur’an.) Firman-Nya,

 “Itu kerana mereka ikuti apa yang menyebabkan kemurkaan Allah, dan benci kepuasan hati-Nya, maka Dia jadikan sia-sia amalan-amalan mereka.” (47:28)

12.  Tidak taat kepada Allah dan Rasul. Rasul hanya sampaikan ayat-ayat-Nya (5:92 dan 24:54). Firman Tuhan,

 “Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan janganlah jadikan amalan-amalan kamu sia-sia.” (47:33)

13.  Naikkan suara di atas suara Nabi ketika berinteraksi dengannya. Firman Allah,

 “Wahai orang-orang yang percaya, janganlah naikkan suara-suara kamu di atas suara Nabi, dan jangan kamu melantangkan ucapan kamu kepada dia, seperti kelantangan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain, supaya tidak jadi sia-sia amalan-amalan kamu, sedang kamu tidak sedar.” (49:2)

Demikianlah petikan ayat-ayat al-Qur’an mengenai amalan manusia yang akhirnya jadi sia-sia belaka. Tidak ada balasan yang baik lagi kekal bagi mereka kecuali neraka.

Ayuh, teliti kehendak Allah dan Rasul dengan sebaiknya, moga amalanmu tidak menjadi suatu yang sia-sia.

Solat Berjamaah

Tarbiah Diri : Benarkah Rasulullah Di Hatimu ???

Image

Cinta yang terlafaz di bibir kadang kala tidak seirama dengan melodi di kalbu. Kadang kala rentak kerinduan dan kecintaan itu tidak serancak alunan irama kerinduan dan kecintaan yang terbit dari lafaz.Ya. Itulah kita..Itulah umat akhir zaman yang kadang kalanya alpa dengan kehidupan akhirat. Dunia menjadi taruhan hidup manakala akhirat hanya sekadar lintasan pandangan. Pandangan yang dilemparkan bukan lemparan iman dan taqwa sebaliknya lemparan nafsu. Pandangan nafsu akhirnya berjaya menundukkan pandangan taqwa. Iman di kalbu di selubungi bisikan sang Iblis. Sang Iblis dilantik officially sebagai Personal Assistant  yang akan menjadi “peneman hidup semati” untuk menghadap menemui Allah kelak di akhirat. Rekod perjalanan dunianya terisi penuh dengan perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Illahi. Lantas,ketika itu baru disedarinya.Ternyata Personal Assistant  yang dilantiknya secara free in charge itu rupa-rupanya pendusta belaka !! Semua kata “nasihat” dan “galakan” yang diberikan oleh Personal Assistant nya itu ternyata telah membeli tiket ke neraka untuk dirinya !!.. Jeritlah sekuat mana pun.Merayulah sehebat mana pun. Tatkala itu,semuanya sudah terlambat bagimu.Tiada siapa yang dapat menolongmu untuk menyelamatkanmu dari azab Allah yang engkau dustakan selama ini .Lantas ketika itu,dirimu teringat akan seseorang yang mungkin dapat menyelamatkamu.Ya. Penyelamatmu itu ialah penghulu segala Nabi dan Rasul.Muhammad bin Abdullah yang merupakan Pesuruh Allah bagi sekalian umat akhir zaman.

Namun, bagaimanakah baginda dapat menyelamatkanmu melalui syafaatnya seandainya sepanjang kehidupanmu di dunia ini tiada langsung cintamu kepada baginda di hatimu?? Jika benar pun cintamu pada baginda itu bertakhta di hatimu,tapi mengapa engkau sendiri yang mengusir takhta cintamu tersebut dari hatimu ?? Bibirmu melafazkan cintamu kepada baginda namun akhlakmu mendustakannya. Akhlak yang terpancar dari tubuh badanmu tidak secerah dan seindah akhlak mulia baginda kerana darah yang mengalir dalam tubuh badanmu itu tiada aliran sunnah baginda bersamanya. Ya. Mungkin kerana itulah hatimu segelap malam gelita tanpa disinari cahaya purnama. Hatimu gelap kerana tiadanya cahaya sunnah baginda yang meneranginya.

” Katakanlah wahai Muhammad; Sekiranya kamu benar-benar mencintai Allah,maka ikutilah aku,iaitu Muhammad. Pasti Allah akan mencintaimu kembali dan mengampunkan dosa-dosa kamu”.    (surah Al- Imran : 31)

Pernah ditanyakan kepada Aishah r.a mengenai akhlak Rasulullah S.A.W. Aishah menjawab, ” Bahawa akhlak Rasulullah S.A.W adalah al-quran.”

Kita pada hari ini terlalu jauh dengan Rasulullah. Lihatlah akhak kita. Andainya kita berdiri di hadapan cermin,adakah bayangan diri kita yang terpantul di cermin itu terdapat bayangan akhlak baginda sekali ? Adakah butir bicara kita bersama sahabat handai seperti Rasulullah bersama para sahabat ? Adakah pakaian yang membaluti tubuh badan kita tika ini akan mampu mengukirkan senyuman baginda ? Adakah sunnah baginda benar-benar menjadi cahaya yang menyuluh setiap inci tingkah laku kita ?

Kita kerap mengatakan bahawa kita mencintai Rasulullah.Tapi,berapa kerapkah kita berselawat ke atas baginda dalam sehari ? Apakah tujuan kita berselawat ke atas baginda ? Adakah sekadar ingin meraih ganjaran pahala semata-mata ? Ataupun itulah lantunan melodi rindu dan cinta kita terhadap baginda yang kita cuba sampaikan kepada baginda melalui berselawat ? Bukankah apabila kita mencintai seseorang kita akan mencintainya dengan setulus hati tanpa mengharapkan sebarang balasan dan penghargaan ? Bukankah apabila kita mencintai seseorang kita akan kerap mengatakan ungkapan rindu dan cinta kita kepada seseorang itu tanpa mengira batasan masa ? Bukankah apabila kita mencintai seseorang kita akan sanggup mengorbankan segala-galanya demi buktikan keikhlasan hati ? Bukankah apabila kita mencintai seseorang kita akan berusaha melakukan sesuatu yang menyenangkan hatinya dan bukannya mengguriskan hatinya ? Mengapa kita lebih sanggup dan berupaya membuktikan cinta kita kepada seseorang manusia itu berbanding Rasulullah ? Bukankah manusia itu sekadar manusia biasa sedangkan Rasulullah merupakan insan luar biasa  ?? Mengapa manusia biasa itu yang lebih dicintai kita berbanding Rasulullah yang terbukti insan luar biasa akhlaknya ? Mengapakah kita tidak seperti para sahabat dalam meluahkan cinta mereka kepada baginda ? Para sahabat bukan sahaja meluahkan cinta mereka,bahkan mereka membuktikan dan membenarkan cinta mereka terhadap Rasulullah dengan mengikuti sunnah baginda. Ya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa zaman nabi merupakan zaman yang diberkati Allah dan manusia yang dipilih Allah menjadi sahabat-sahabat baginda adalah sebaik-baik manusia yang pernah menghuni alam sejagat ini. Tapi, bukankah kita dan para sahabat mempunyai satu persamaan yang jelas ?? Yakni kita mempunyai seorang rasul yang sama iaitu Rasulullah S.A.W.. Jika kita mencintai insan yang luar biasa,bukankah kita harus mencintainya secara luar biasa ???

 Rasulullah s.a.w bersabda; ” Tidaklah beriman seseorang itu sehingga aku   dicintainya lebih daripada anaknya,ibu bapanya dan manusia seluruhnya” (muttafaqun ‘alaih)

**************************************
Kasih Sayang Ali Dan Beberapa Sahabat Kepada Rasulullah

  • Seseorang telah bertanya kepada Ali r.a ;

” Sebanyak manakah kasih sayang para sahabat kepada Rasulullah s.a.w ? “

Ali menjawab ;

” Demi Allah ! Kami menganggap Rasulullah s.a.w lebih berharga dari kekayaan kami,anak-anak kami dan ibu bapa kami. Untuk berada di samping baginda adalah lebih berharga kepada kami daripada meminum air sejuk ketika berasa terlalu dahaga. “

  • Seseorang telah menemui baginda lalu berkata ;

” Wahai kekasih Allah,kasih sayangku kepada tuan adalah sedemikian rupa di mana apabila sahaja  fikiran mengenai tuan menjelma kepadaku,daku tidak akan senang hati sehinggalah daku akan        berlari untuk melihat wajah tuan kerana daku pasti bahawa daku akan menempuh maut jika daku tidak melihat wajah tuan.Sekarang timbul perasaan cemas di hatiku apabila daku merenungkan bahawa walaupun daku mungkin dimasukkan ke dalam syurga,namun adalah sukar bagiku agar dapat melihat wajah tuan kerana tuan akan berada di paras yang sukar untuk daku capai. “

Lalu Rasulullah menghiburkan hatinya dengan membaca potongan ayat-ayat ini;

” Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). Yang demikian
itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan 
pahalanya) “. (Surah An- Nisaa’ : 69-70 ) 

  •  Ketika Zaid bin Wathnah berdiri semasa hendak dibunuh oleh seorang hamba Safwan, Abu Sufyan telah  bertanya kepadanya ;

” Sukakah kamu kalau tempatmu ini diambil alih oleh Muhammad dan kamu dibiarkan balik ke rumah untuk hidup bersama dengan keluargamu ? 

Zaid jawab ;

” Demi Allah ! Kehidupanku bersama-sama dengan keluargaku sudah tentu tidak berbahagia kalau ku biarkan duri yang sekecil-kecilnya menikam kaki kekasihku, Muhammad. ” 

Puak Quraish  tercengang mendengar jawapan Zaid. Mereka sungguh tidak memahami sikapnya.

Abu Sufyan berkata ;

” Kasih sayang yang dipertunjukkan oleh sahabat-sahabatnya terhadap Nabi tidak ada tolok tandingnya. “

Zaid kemudiannya ditikam dengan lembing sehingga mati.

(Rujukan : Kitab Fadhilat Amal ; Kisah Para Sahabat r.a Jilid 1 & 2 )

****************************************

 

” Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi  petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka) ” (Surah At-Taubah : 24)

wallahualam…

 

i-love-muhammad1

 

nukilan : nur zinnirah

 

Tarbiah Diri : Ujian Allah, Sabarkah Kita ??

Image

Hakikat ujian sebenar yang dikirimkan oleh Allah kepada manusia ialah sebagai salah satu tarbiah diri buat hamba-hambaNya.Ujian dilemparkan bukan untuk mengulit rasa gelisah di hati ataupun mengundang rasa kecewa di logik akal fikiran manusia tetapi untuk mentarbiahkan iman dan taqwa kita sebagai hambaNya. Bagaimana kita yakini bahawa kita benar-benar kuat seandainya diri ini tidak diuji?? Sedangkan dalam menuntut ilmu pun,bukannya kita hanya menghadam dan menelan teori semata-mata tetapi kita harus menukilkan teori ilmu itu melalui test ataupun exam . Hidup tanpa ujian. Samalah perumpaan seperti mempunyai mulut tapi bisu berbicara,mempunyai mata tapi buta pandangannya.

Kamus pemikiran edisi umat akhir zaman hari ini kerap kali menerbitkan istilah yang kurang memberi motivasi kepada mesin nurani.Natijahnya,nurani menyalurkan rangsangan negatif  kepada lingkaran iman dan taqwa. Pintu nurani yang diketuk ujian Illahi seharusnya disambut dengan senyuman mesra si iman dan si taqwa,tapi disambut hambar dek pemikiran negatif dalam menerima ujian Allah.

“Argh..kenapala aku diuji saat ini !!! ”

“Kenapa dalam ramai manusia aku yang diuji ?? “…….

“Kuatkah aku untuk hadapi ujian ini ??? ”

“Kau cakap senangla….cuba kau yang ada di tempat aku sekarang ini….”

Rangsangan negatif seperti diatas inilah yang telah menyuntik virus dalam lingkaran iman dan taqwa. Virus ini jika tidak diaktifkan anti-virus nya,sudah pasti akan menembusi firewall  nurani kita. Andai laptop kita yang diserang virus  berbahaya pasti tidak betah kita mencari anti-virus yang paling kuat detection and cleanning virus. Lantas,perisian anti-virus seperti Kapersky dan Norton Internet Security menjadi pilihan. Itu laptop. Bagaimana pula dengan rohani dan nurani kita ?? Bagaimanakah kita mahu menyucikan rohani dan nurani kita ?? Usah fikirkan jawapan yang susah.Patutnya kita sudah menghafal skema jawapan untuk soalan ini.Tiada lagi cara terbaik untuk menyucikan rohani melainkan dengan Al-Quran dan contohi akhlak mulia Rasulullah.

Al-Quran merupakan sebaik-baik ayat motivasi untuk kita yang ada ketikanya merasa sedih dan kecewa. Bahasa indah Quran yang begitu tinggi dan hebat bahasanya tidak mampu ditandingi mana-mana buku motivasi yang terdapat di pasaran.Hati terasa damai biarpun kita hanya melihat ayat Quran tanpa membacanya.Lihat betapa hebatnya mukjizat Quran yang hanya dapat dirasai oleh umat Nabi Muhammad S.A.W sahaja. Fahamilah dengan hati tiap kali membaca Quran. Hayati maksud disebalik ayat-ayat tersebut. Pasti rasa damai dan tenang bertandang di hati sehinggakan akhirnya mampu mengukirkan senyuman di sebalik kedukaan.

” Dan janganlah kamu berasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman ” (Al-Imran : 139)

Image

Acap kali kita merasakan ujian yang kita tanggung adalah lebih hebat dan berat dari orang lain.Ya. Itulah permainan minda dan iman yang diulit bisikan iblis. Kita lupa dan tidak sedar bahawa ujian yang kita tanggung tika ini jauh lebih ringan dari yang dihadapi oleh Rasulullah dan para sahabat. Andai perjalanan sirah baginda bersama para sahabat tersingkap utuh di rantaian iman,pasti tidak terpacul di bibir kita bahawa ujian yang ditanggung oleh kita lebih berat dari orang lain.

Ayuh,kita lapangkan minda dan hati kita dengan menyingkap kembali perjalanan dakwah Rasulullah.

***********************************

Dakwah Rasulullah S.A.W ke Taif

Tiga tahun sebelum hijrah iaitu pada tahun ke 10 kenabian,kaum Quraish telah memulaukan Rasulullah.Lantas baginda bersama Zaid bin Harithah telah pergi ke kota Taif untuk menyampaikan dakwah Islam. Di Taif,terdapat tiga orang ketua Bani Thaqif iaitu suku kaum Arab yang terbesar di sana. Salah seorang dari ketua kaum tersebut berkata kepada Rasulullah,

” Jika engkau pendusta,aku tidak mahu layan pembohongan ini,tetapi jika engkau benar-benar Nabi,aku tidak mahu dilaknat.”

Ketiga-tiga mereka menolak dakwah yang cuba disampaikan oleh Rasulullah dengan menghina baginda.Lantas mereka menghalau baginda sambil berkata,

” Keluar kamu dari negeri kami ini.”

Baginda diheret keluar dari Bustan at-Thaqif (taman Thaqif) sambil dibalingnya batu-batu oleh penduduk Thaif kepada baginda yang menyebabkan kepala,badan dan kaki baginda terluka.

Zaid ketika itu pula menjerit menahan batu yang dilemparkan kepada mereka. Malaikat Jibrail datang temui Rasulullah S.A.W dan meminta izin dari baginda untuk menghancurkan penduduk Thaif. Walaubagaimanapun baginda tidak mengizinkan Jibrail buat begitu. Lantas,Jibrail berjanji seandainya darah baginda menitis ke bumi,pasti penduduk Thaif akan dihempapkan dengan gunung.

Oleh kerana kasih sayang baginda kepada penduduk Thaif biarpun mereka menolak dakwah baginda dan mengusir baginda,baginda sanggup memerah darah yang mengalir masuk ke dalam kasutnya hingga berkocak kasut baginda dengan darah.Ketika baginda menuruni curam bukit,baginda dan Zaid  masih lagi dilemparkan batu-batu kepada mereka.

Baginda dan Zaid beredar dari Thaif dan singgah di sebuah kebun kepunyaan Uqbah bin Rabi’ah. Tika itu,Rasulullah S.A.W bersandar di satu batu sambil memegang badan Zaid dan bertanyakan keadaan Zaid.Zaid yang ketika itu cedera,jauh lebih bimbang akan keadaan baginda.

(petikan disunting dan diedit dari Biografi Agung Rasulullah Sallahu Alayhi Wassalam,
karya Rusydi Ramli Al-Jauhari)

***********************************

Kini,sedarilah kita bahawa penderitaan dan ujian yang ditempa Rasulullah S.A.W adalah jauh lebih berat dari ujian yang Allah beri pada kita. Pujuklah hati kita agar sentiasa berlapang dada menempuh ujian Illahi.Didiklah iman agar selalu sabar hadapi dugaan yang bertamu. Tanamlah bait-bait indah ” La Tahzan,Innallaha Ma’ana “ dalam ruang pemikiran kita. Bentuklah rohani dengan istilah “Fasabrun Jamil (sabar itu indah) “. Pemikiran yang positif dapat menghantar positive signal  kepada seluruh tubuh badan yang akhirnya, terdidiklah akhlak yang indah dan mulia. Wallahualam.

Image

Nukilan : Nur Zinnirah

Antara Syirik dan Zina

Image

mungkin sebagian orang terkadang merasa terperanjat, bahkan bersedih hati jika melihat banyaknya para pezina dan peminum arak, namun mereka tidak tersentuh, dan ianya di anggap perkara kecil ketika melihat banyaknya orang yang mencari berkah di kuburan serta melakukan berbagai macam ibadah selain kepada Allah dikuburan tersebut. Padahal zina dan minum arak walaupun merupakan salah satu dosa besar, namun tidak menyebabkan pelakunya keluar dari Islam.

Image

 

Sementara melakukan sebuah ibadah selain kepada Allah adalah syirik yang membuat pelakunya mati kafir jika dia mati dalam keadaan melakukan perbuatan syirik tersebut. Oleh sebab itu, para ulama rabbani menjadikan pelajaran aqidah sebagai asas yang paling mendasar.

 

Tersebutlah seorang syaikh yang telah menulis sebuah kitab yang menjelaskan tentang kepentingan tauhid. Dia menjelaskannya kepada para muridnya dan terus mengulang-ulang pembahasannya.

 

Suatu hari murid-muridnya berkata, “Wahai Syaikh, kami berharap Anda mahu mengganti pelajaran yang Anda sampaikan kepada kami dengan pelajaran-pelajaran yang lain, seperti kisah, sirah, dan sejarah.”

 

Syaikh itu membalas, “Insya Allah akan saya pertimbangkan.”

 

Keesokan harinya dia keluar menemui murid-muridnya dengan wajah yang mempamerkan kesedihan dan beban pikiran. Mereka pun bertanya tentang hal yang menyebabkan beliau bersedih. Dia menjawab, “Aku mendengar bahwa seorang warga kampung tetangga berpindah ke rumah baru, dia merasa takut diganggu jin, lalu dia menyembelih seekor ayam jantan di depan pintu untuk mendekatkan diri kepada jin, dan aku telah mengirim seseorang untuk mencari kebenaran berita tersebut.”

 

Ternyata para muridnya tidak memberi respon apapun setelah mendengar berita tersebut. Mereka hanya berdoa supaya orang tersebut diberi hidayah, dan mereka hanya diam.

 

Keesokan harinya syaikh kembali menemui mereka, dan berkata: “Kami telah mendapatkan kejelasan berita tersebut, ternyata peristiwanya tidak seperti yang aku dengar. Lelaki tersebut tidak pernah menyembelih seekor ayam jantan untuk mendekatkan diri kepada jin, tapi yang dilakukannya adalah berzina dengan ibunya.”

 

Sebaik mendengar berita tersebut mereka terkejut dan marah. Mereka mencaci-memaki dan memarahi lelaki yang berzina itu. Mereka berkata, “Perbuatannya melampau!, dia harus dinasihati, dia harus dihukum.” Dan banyak lagi umpatan mereka.

 

Kemudian syaikh berkata, “Sungguh aneh kalian ini. Begitukah reaksi kalian mengingkari orang yang terjerumus dalam satu perbuatan dosa besar padahal perbuatan itu tidak mengeluarkan nya dari Islam. Tapi kalian tidak mengingkari orang yang terjerumus dalam kemusyrikan, menyembelih untuk selain Allah Azza wa Jalla, dan mengalamatkan ibadah kepada selain Allah Azza wa Jalla?

Murid-muridnya terdiam. Kemudian syaikh menunjuk salah seorang dari mereka sambil berkata, “Bangun dan ambilkan kitab tauhid, kita akan membahasnya dari awal!”

Syirik adalah dosa yang paling besar. Allah Azza wa Jalla tidak mengampuni perbuatan syirik selamanya – selagi pelakunya tidak mau bertaubat.

 

Allah Azza wa Jalla berfirman:

 

sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”

(QS Luqman [31] : 13)

 

Dan surga diharamkan bagi para pelaku kemusyrikan. Kaum musyrikin akan kekal selamanya dalam neraka.

 

Allah Azza wa Jalla berfirman:

 

“bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. (QS Al-Ma’idah [5] : 72)

 

Dan barangsiapa berbuat syirik, maka kemusyrikannya akan menghancurkan semua

ibadahnya, shalatnya, puasanya, hajinya, jihadnya dan sedekahnya.

 

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” (QS Az-Zumar [39] : 65)

 

Sumber: Irkab Ma’anaa (terjemahan Indonesia:

Bahtera Tauhid; Kumpulan Hikmah dan Kisah

seputar Tauhid) oleh: Dr. Muhammad bin Abdurrahman

Al-Ariifi, Penerbit: At-Tibyan, hal. 40 -43.

Sambungan dari hal. sebelumnya

Image

___@_